banner atas

banner atas

banner jutawan

Projek Fiverr

Wednesday, 22 January 2014

UFO asalnya manusia yg tinggal di Bumi dan berhijrah ke planet lain?

 UFO asalnya manusia yg tinggal di Bumi dan berhijrah ke planet lain?

Hubungan Albert Einstein, Bangsa Lyran dan Bencana Global Nabi Nuh

Dalam sebuah wawancara, Albert Einstein, menyatakan keyakinannya akan keberadaan “piring-piring terbang” atau UFO adalah teknologi manusia yang berasal dari Planet lain (Alien). Menurutnya, mereka adalah keturunan dari manusia-manusia, yang dahulu pernah tinggal di bumi, 20,000 tahun yang lalu (Rujukan : “Makhluk-Makhluk yang turun dari Langit”, karangan Anis Mansour dan “Timeless Earth”, karangan Peter Kolosimo).

Pendapat Albert Einstein ini, selari dengan pendapat Nazwar Syamsu, seperti di dalam Bukunya “Tauhid dan Logika”, beliau meyakini dimasa sebelum Bencana Nuh (kira-kira 13,000 tahun yang lalu , bani Adam telah mencapai kemajuan ilmu pengetahuan yang sangat tinggi, dan telah mengenal teknologi penerbangan antara planet-planet.(Rujukan buku: Patung Sphinx, Bukti Arkeologis Bencana Nuh 13.000 tahun yang silam)

Berdasarkan pendapat Albert Einstein dan Nazwar Syamsu di atas, sangat mungkin pada sekitar 20,000 tahun yang lalu, umat manusia telah mencuba menjejaki kehidupan di Planet-Planet di luar Bumi, dan telah melakukan migrasi besar-besaran (Migrasi Akbar), serta telah membentuk komuniti yang dikenali oleh ahli ufologi, sebagai Bangsa Lyran (Pendapat ini, agak berbeza dengan pendapat yang menyatakan bahwa Bangsa Lyran, telah meninggalkan bumi pada ratusan tahun yang silam).

Jika kita kembali ke masa 20,000 tahun yang silam, terdapat 2 Peradaban Besar, iaitu Dinasti Rama (Berada Tanah India) dan Bangsa Lumeria (diperkirakan berada di sebelah timur Nusantara). Dari ke-2 Peradaban ini, Bangsa Lumeria dikisahkan bermigrasi di luar bumi.

Ketika itu di Bumi akan terjadinya Bencana Global Nuh, yang mengakibatkan umat manusia kembali kepada peradaban primitif. Kehidupan mereka sebelum itu teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.

Bangsa Lumerian, yang dipercayai berada sekitar 2,300 tahun cahaya dari Bumi (Constellation of Lyra), yang masih memiliki teknologi yang sangat tinggi ini. Bahkan sebahagian dari mereka, ada yang kembali ke Bumi, membangun Peradaban Atlantis (dianggarkan berada di dataran Sundaland). Namun Peradaban ini tidak berlangsung lama, pada sekitar 11,600 tahun yang lalu (menurut catatan Plato), peradaban ini musnah dihancurkan gelombang air laut dalam satu malam
WaLlahu a’lamu bishawab.




Ukiran hyroglip yang ada di Kuil Abydos.
Laporan yang cukup tua mengenai kehidupan di langit lain ialah berasal dari abad ke-15 sebelum masehi, yang tertera pada buku harian Thutmosis ||| (Firaun Mesir kuno dinasti ke-18, 1504-1450 SM). Laporan yang ditulis dalam papirus (tulisan kuno) ini ditemui oleh Alberto Siliotti.



Cakera padat purba yang ditemui di China




Penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika




Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif


Teknologi Kapal Nabi Nuh as:



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. 100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.

Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.

Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita bayangkan kemajuan teknologi manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh bayangkan Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Tetapi semua kemajuan teknologi itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.

Firman Allah:"Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain."
Qs.Al-An’am: 6

No comments:

Post a Comment