Guru Besar SJKC Yang Paksa Guru Buka Tudung Adalah Orang Kuat Wanita MCA!!
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600. |
Patutlah Pemuda UMNO, Perkasa, Jati, PPIM, Pesilat, Pesaka, GPMS, Belia 4B tidak buat demo depan SJKC Nan Ya Kota Tinggi Johor terjerit terlolong, memekik memekak sambil bakar patung kerana pihak pengurusan sekolah berkenaan dengan biadap melampau memaksa seorang guru mualaf agar buka tudungnya jika mau mengajar di sekolah tersebut .... rupa-rupanya guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi Johor adalah seorang orang kuat wanita MCA.
Pergh!!! .. Sekarang tembelang sudah pecah .. parti mana yang fobia dengan guru pakai tudung.
Selepas bantahan keras masyarakat Islam Kota Tinggi berkaitan kes seorang guru perempuan mualaf yang dipaksa oleh pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya di Kota Tinggi Johor selesai pada Jumaat selepas pengerusi sekolah dan guru besarnya meminta maaf secara terbuka kepada guru tersebut.
Manakala guru cina mualaf yang menjadi mangsa itu sudi memaafkan pihak berkenaan.
Ianya disaksikan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman bersama Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.
Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi
Sebelum ini isu tersebut menyebabkan bantahan dari masyarakat setempat yang menaikkan banting dan banner di seluruh Kota Tinggi.
No comments:
Post a Comment