banner atas

banner atas

banner jutawan

Projek Fiverr

Wednesday, 20 November 2013

Laman sosial buat wanita bujang iri hati

Laman sosial buat wanita bujang iri hati

Seorang pakar hubungan memberi amaran kepada wanita bujang tidak terlalu melayari laman sosial Facebook kerana 'kehidupan sempurna' rakan mereka memberi kesan negatif kepada kesihatan diri sendiri. 

Penulis, Zoe Strimpel, berkata perkongsian gambar seperti perkahwinan atau ketika mendapat bayi membuatkan sebilangan wanita berasa iri hati dan menimbulkan sikap suka 'mengintai' apa yang dilakukan anda.
Katanya, apa yang dilakukan oleh ‘Facebook’ ialah ia meningkatkan perasaan, hidup anda serba kekurangan lebih-lebih lagi wanita bujang yang sering melihat melayari laman sosial dengan melihat gambar perkahwinan, bayi dan pasangan bahagia.

Pakar psikologi sokong berhenti 

“Saya menggesa wanita bujang untuk tidak melayari Facebook atau menutup profil akaun kerana ia boleh membantu mengatasi sikap seperti suka melihat profil orang lain, tidak berasa iri hati atau mungkin mengagumi diri sendiri. 

“Jika tidak, anda akan ketagih untuk melihat maklumat yang tidak sepatutnya diperlukan. Situasi ini tidak sihat dan maklumat berkenaan langsung tidak membantu,” katanya. 


Malah, ramai pakar psikologi juga menyokong supaya berhenti daripada laman sosial ini.

No comments:

Post a Comment