banner atas

banner atas

banner jutawan

Projek Fiverr

Wednesday, 27 November 2013

Kehidupan Mewah Pengasas Megaupload

Rasanya dah ramai tahu yang Megaupload telah ditutup oleh Kerajaan Amerika kerana website tersebut didapati bersalah memberi kemudahan muat turun secara haram hak cipta terpelihara.



Megaupload sangat popular di internet dengan jumlah pelawat dianggarkan sehingga 50 juta seharidan menjana pendapatan sebanyak USD 175 juta sejak tahun 2005. Jadi tidak hairanlah pengasasnya, Kim Dotcom mampu senang lenang. Lihat betapa mewahnya hidup pemuda ini... 

Beliau memiliki kereta mewah dengan no plat yang unik seperti "MAFIA", "POLICE", "GOD" dan"CEO".















Kim Dotcom turut mempunyai sebuah rumah mewah di New Zealand bernilai USD 30 juta.







Tuesday, 26 November 2013

Kenali Jenis Najis/Tahi Anda! masa berak



 Kenali Jenis Najis/Tahi Anda! masa berak 

[Copy link]
pestol  
Thread Fans Points
Rank: 8Rank: 8
Joined
2-5-2013
Jump to specific floor
1#
 Post on 22-11-2013 12:03 PM |View author' posts |DESC
Perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, kita semua menjalani rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda semua praktikkan?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:






  • Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
  • Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
  • Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
  • Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
  • Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
  • Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
  • Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal. 


Tahi  jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!


Monday, 25 November 2013

Review Honda City generasi ke 4












Honda has introduced the fourth generation of the Japan-developed City in New Delhi, India.

The mid-size sedan was created at Honda's R&D center in Tochigi, Japan and represents the firm's first model to implement the new "EXCITING H DESIGN!!!" styling language. The vehicle has the same 4400mm length and 1695mm width as the previous generation, but its height has increased by 10mm to 1495mm while the wheelbase has been stretched by 50mm to 2600mm.

Power will come from a 4-cylinder, 1.5-liter DOHC i-DTEC diesel engine created exclusively for the Indian market which uses the latest Earth Dreams Technology. There will also be an upgraded 4-cylinder, 1.5-liter SOHC i-VTEC gasoline engine promising to bring a better balance between performance and fuel economy.

Already available on order, the new Honda City will go on sale in January 2014 in India and will be followed by 60 other markets.

Sunday, 24 November 2013

190 DOSA BESAR AMENO

1. kes MITP 200juta
2. kes PKFZ 12500juta
3. kes Rumah Khir Toyo 
4. kes Rumah Mewah Satay
5. kes Perwaja 2000juta
6. kes Bank Bumi 5000juta
7. kes Parlimen bumbong Bocoh
8. kes Pudu bumbong Bocoh
9. kes Stadium runtuh
10. kes kapal selam 500juta
11. kes biji tin Maminco 300juta
12. kes Bank Negara goreng forex 20000juta
13. kes MAS 8000juta
14. kes Altantuya
15. kes komissen SU30MKM 100juta
16. kes hospital shah alam 480juta
17. kes hospital pandan 500juta
18. kes Petro farm ke Brunei 300000juta
19. kes Taib tunai 3juta 
20. kes polis pukul Anwar 
21. kes MB Sabah hutang Casino 158juta
22. kes Bernas tak bayar cukai beras siam 60juta
23. kes 40juta utk rest house 10org exco S'gor
24. kes AP 60,000 kos 2400juta
25. kes Petronas tolong putra Mahathir MISC 1700juta
26. kes skandal Petronas tanah ampang 600juta
27. kes Polis ambik gambar nude Hamisa di jail Nov 2005
28. kes Nor Omah : org luar negeri tak suka, sila balik
29. kes MRR2 bocoh 70juta
30. kes Proton RM1 jual Agosta yg bernilai 300juta
31. kes KJ beli saham ECM Libra 9.2juta
32. kes jabatan Johor-S'pore 1100juta
33. kes kos membaiki Proton Perdana di Terengganu 1.17juta
34. kes bina Pusat Menteri Perdagangan selama 11tahun - 1000juta
35. kes membaiki sekolah RM30,000 jadi RM3,000- bukit kepong, muar
36. kes highway gomen bayar upah 38500juta, lebih drpd kos bina!!
37. kes 
Hindu Rights Action Force, tempat sembahyang diruntuhkan
38. kes KWSP pakai 15juta utk beli sykt bernilai 700,000
39. kes mrr2 kos mambaiki 40juta jadi 70juta
40. kes kos bina dewen university 100juta
41. kes mb sarawak taib ambik kommissen 32juta
42. kes mb sarawak taib ambik tanah org asli
43. kes bumbong makamah KL bocoh
44. kes vincent tan & lingam beli hakim
45. kes ex-melaka MB rogol
46. kes Monsoon Cup & tengku adnan sykt korea 300juta
47. kes ink SPR 2juta
48. kes buku rekod SPR ade 8666 org umur lebih drpd 100
49. kes toll cheras mahkota
50. kes pak lah melancong 80 negeri di tempoh 4 tahun
52. kes facebook cuti-cuti mesia 1.8juta
53. kes minta komissen pd sykt tourism mesia
54. kes ng yen yen pergi melancong di NZ dgn suaminya RM244,000
55. kes Gerakan 1000juta kontrak tukar pelaburan 350juta - Motorola 
56. kes bas statin runtuh di Terengganu
57. kes sekolah runtuh di Terengganu
58. kes UMNO hina Sultan natang di Terengganu
59. kes Khir Toyo bazir wang gomen, sekeluarga melancong Disney land dgn maid
60. kes buang 1000 bas masih ok, supaya membeli bas baru kat kroni
61. kes polis Minta DNA Anwar. DNA code nombor shj, kes tahun 1998 dulu, polis dah ade DNA code nombor Anwar. Ape sebab minta sperma Anwar lagi? utk masuk belakang?
62. kes kapal PSCI 24000juta
63. kes wira Ahmad Ismail kata Orang cina hanya tumpang di sini, UMNO gantung membershipnya 2tahun!
64. kes ISA tangkap repoter
65. kes Perak Umno beli org Dap utk runtuh gomen PR Perak
66. kes G20 blacklist mesia sebab mahligai lari tax
67. kes USCRI kata Mesia teruk - World Refugee Survey 2009
68. kes org mati di bangunan SPRM(MACC)
69. kes org mati di balai polis
70. kes-kes polis tembak rakyat
71. kes F1 bazir 1000juta tapi kalah teruk
72. kes hospital angkatan tentera 95
73. kes org filipino dpt IC Sabah
74. kes projek pakai mykad utk tambah petrol 70juta
75. kes 7500juta beli kereta perisai yg bernilai 3000juta shj (ikut harga pasaran)
76. kes NTV7 dpt amaran tak boleh jemput org PR utk program forum
77. kes Apco dpt projek 76juta
78. kes email 1 malaysia 50sen utk sebuah email
79. kes you help me, I help you
80. kes Utusan hina Islam
81. kes beli undi org asli di Sibu, Sarawak
82. kes utusan - Kristian Agama Rasmi?
83. kes Kuching jail 200juta
84. kes Sepang F1 Circuit rugi setiap tahun
85. kes Melaka Eye on Malaysia 23juta
86. kes Dewan Undangan Negeri Sarawak 300juta
87. kes Bank Islam banking scandal 700juta
88. kes Wang Ehsan from Trengganu Oil Royalty – 2004 -2007 7400juta
89. kes Petronas sponsor Philharmonic Orchestra 500juta
90. kes Menteri Pendidikan english utk Maths and Science 3200juta
91 kes SERENDAH INTERNATIONAL ORCHID PARK 15juta
92. kes skandal Bakun Sime Darby 2000juta
93. kes pasar dato keramat 38juta
94. kes Paya Indah Wetlands 88juta
95. kes bersih Sungai Segget, Bandaraya Johor Bahru 200juta
96. kes Kota Iskandar 1500juta
97. kes bina jalan sekenjang 0.5km 92juta
98. kes Sarawak International Medical Centre 400juta
99. kes Batu Burok Aquatic Complex 18juta
100. kes skandal Transmil 227juta
101. kes peminpin minum arak
102. kes sex skandal ex-menteri drpd MCA
103. kes istana baru 300juta jadi 800juta
104. kes sultan johor marah bab alam sekitar johor kotor sangat
105. kes ex-mb melaka pamelkan sex video di hotel sri cacorsa
106. kes meteri rogol maid
107. kes tentera curi enjin jet
108. kes org kaya beli rumah dpt 15% discount
109. kes Rasuah SPRM(MACC) : 1 Helai Talileher Berharga RM1,000
110. kes Asia Petrol Hub 1400juta
111. kes gomen rugi atau bazir 28000juta setiap tahun
112. kes peminpin kata pukul org india dulu sebelum pukul ular
113. kes Allah menyebabkan tempat sembahyang kena bakar
114. kes rogol di Baram Sarawak, tidak dipeduli
115. kes sianida di Raub, Pahang
116. kes nadir bumi di bukit merah, Perak
117. kes nadir bumi di kuantan, Pahang
118. kes 66,000 org asli tak dpt IC & tak blh undi
119. kes projek keretapi kos overrun 1100juta
120. kes beli 2nd hand keretapi 30juta
121. kes jalan 
Sapulut-Kalabakan, Sabah 565juta
122. kes Istana Melawati, Putrajaya 90juta
123. kes 
Tg Emas Marina, Muar 30juta
124. kes Kuala Kedah Marina, Kedah 23juta
125. felda pinjam wang kwsp utk pelaburan yg rugi 5000juta
126. Negeri Sembilam MB kirim 10juta tunai ke U.K.
127. Jalan Botanika Melaka 250meter 3.43juta
128. 
Projek Pulau-pulau Tasik Kenyir 300juta
129. Putra Jaya Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru 41juta
130. Bangunan Kompleks Konko, Perlis 2juta
131. LITAR GO KART DISITA, Air Keroh Melaka. 9juta
132. Bangunan kanser negara 340juta jadi 700juta
133. Pintu Botanika Pinang 7juta
134. 
Wisma Wanita 19juta
134. Ebara Corporation bakar projek 400juta
135. Projek e-kesihatan 103juta
136. Projek PULAU BUNTING,Kedah 70juta
137. Subsidi gas ke Kilang letrik 19000juta
138. Maltrade II tanah TTDI kpd NAZA 600juta
139. Skandal BMF 4000juta Carrian group. Pengurus BMF dibunuh.
140. Halal Hub 200juta
141. Boss Sykt Air gaji 6juta
142. Kolam berenang Terengganu 180juta
143. Kerusi di Komplek Bukit Jalil RM500 setiap unit
144. ICT overcharged 100juta
145. Labuan finance cetre 2000juta
146. Kes beli keretapi espanol 1800juta
147. Harga Proton Personal di Saudi cuma RM34,000, sini RM53,000
148. MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas yg terbengkalai di Linggi
149. MCA ex Boss(Ling) punya sykt Linksun Avenue hutang 2700juta
150. Hang Jebat Stadium 33juta
151. Projek Mykad RM1000juta
152. Projek LCCT 400juta
153. Wang penyimpan Tabung Haji dikhianati, rugi stanson bakery 90juta
154. KWSP rugi 300juta sebab Time cell
155. KWSP rugi 2000juta sebab RHB
156. Sime Bank rugi 1800juta
157. Felda tunai turun 2700juta
158. Perak 58b projek diserahkan kpd sykt dormant yg bernilai RM100
159. AP Abdul Gani Patail hapus bukti kes skandal 12000juta
160. Kantin Tentera Terendak Melaka kasi lauk pauk yg busuk kpd askar
161. Asrama tentera Lumut tidak dpt lulus QS
162. Asrama tentera Skulai jadi skandal
163. Airod ambik kommisen 5.70juta
164. Skandal kausar Corporation dpt tanah 600juta
165. RELA beli kain 16.5 juta
166. Skandal Tanah KTM 200juta
167. Skandal Amanah Saham Johor 300juta
168. Skandal curi Balak di Pahang 20juta
169. Skandal tanah Gerakan di Pinang 40juta
170. Skandal officer menteri pertahanan jual rasiah negara kpd luar negeri
171. Lugi hak milik Pulau Batu Putih di Johor kpd S'pore
172. Skandal sex di port dickson
173. ex MB N. Sembilan beli undi di undi rasmi UMNO
174. Harga kapal peronda 870% lebih mahal 
175. Kroni Jual Air Mineral kpd MAS RM38 sekotak
176. Latihan Khidmat Negara ramai org maut & kena rogol
177. Kontrak pakaian & makanan Latihan Khidmat Negara jatuh di tangan Kroni 
178. Utusan tulis Kristian Agama Rasmi dimuka pertama
179. Idris Jala kata Mesia akan bangkrap pd 2019
180. Anak perempuan MB Sarawak beli rumah mewah 30juta di Kanada
181. Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.
182. Perhimpunan sejuta belia - kos sehari 2juta jadi 27juta
183. Kos MRT 36b jadi 55b
184. GST akan dilaksanakan supaya rakyat jadi mangsa
185. Isteri pemimpin beli beg tangan hermes yg bernilai ribu-ribu
186. Skandal komissen wang kertas - 100juta
187. PAAB beli hutang bond Syabas sebanyak 6500juta
188. RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana di Putrajaya
189. Rumah Najib TNB bil RM5,000 setiap hari ! 
190. Perkosa kata 513 yg ke-2 akan berlaku pd 9 July 2011 & nak blok jabatan Pulau Pinang pd hari tu.

Saturday, 23 November 2013

Filem/drama melayu menjahanamkan melayu..jom kaji

Filem/drama melayu menjahanamkan melayu..jom kaji 

[Copy link]
6
Thread
1
Fans
Points
Rank: 4
Joined
16-11-2011
Jump to specific floor
1#
 Post on 21-11-2013 06:06 PM |View author' posts |DESC
Menarik artikel yang dikongsikan oleh Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat. Jelas drama kita masih tidak berkembang.

Berikut dikongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya. Artikel in  adalah ulasan sebenar penulis tanpa ditokok tambah.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.
1