banner atas

banner atas

banner jutawan

Projek Fiverr

Thursday, 24 April 2014

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak

Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?

Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :


1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,

"Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..

Akhirnya si anak pun terdiam.

Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.

Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul.

Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita.

Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.

Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?

Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "



2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?

Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,

"Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita,

"Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan"

Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil , kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur ​​kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:

"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut."

Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur ​​dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.



3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
"Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! "
"Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!"

Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman. Apa lagi jika ada ayat tambahan ".... nanti Mama / Papa marah!"
marah anakSeorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya. Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.

Apa yang sebaiknya kita lakukan? .
Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,

"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu.
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "

Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya

"Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. "

Tepati kenyataan kita dengan tindakan.



4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,

"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!"

Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.



5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi. Tapi apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya,

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.



6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,

"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !"

Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah Papa.

Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti. Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?

Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya :

"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" lima minit lagi Pa / Ma ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok ".

Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.



7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya. Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress. Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya. Begitu juga sebaliknya.

Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak. Pada masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya. Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak .... "



8. Campur Tangan Datuk, Nenek, Saudara, atau Pihak Lain
Ibubapa berusaha untuk bertegas dan sepakat satu sama lain dalam mendidik anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang muncul dan cenderung membela si anak. Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti datuk, nenek,bapa saudara, ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.
Seperti kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak tegas), kesan ke anak tetap negatif bila dalam satu rumah terdapat pihak luar yang campur tangan dalam hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada orang yang membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Pastikan dan yakinkan kepada siapa pun yang tinggal di rumah kita untuk sepakat dalam mendidik dan tidak mencampuri pada masa proses mendidik anak. Berikan penerangan dengan bahasa yang boleh diterima baik oleh para pihak ke-3.



9. Menakutkan Anak
Kebiasaan ini dilakukan oleh ibubapa semasa anak menangis dan berusaha untuk menenangkan dia. Kita juga terbiasa mengugut anak untuk mengalihkan perhatiannya,

"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan itu!"

Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .
Sebaiknya, berkata dengan jujur ​​dan terangkan kepada anak seperti kita menerangkan kepada orang dewasa kerana anak-anak juga mampu berfikir dewasa. Jika anak tetap memaksa, katakanlah dengan penuh makna dan tataplah matanya, "Kamu boleh menangis, tapi papa / mama tetap tidak akan membelikan gula-gula." Biarkan anak kita yang memaksa tadi menangis hingga diam dengan sendirinya.



10. Ucapan dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras
Konsisten mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten merupakan kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati orang-orang yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji untuk memberi hukuman.

Jangan pernah menabur janji kepada anak dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia mengikuti permintaan kita seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton televisyen. Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar boleh memenuhi janji tersebut. Jika ada janji yang tidak boleh dipenuhi segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur ​​dan minta dia untuk menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak untuk menukar janji itu.



11. Hadiah untuk Kelakuan Buruk Anak
Acapkali kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah kita nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah mengajar anak untuk melawan kita.Contoh klasik dan sering terjadi adalah pada saat kita bersama anak di tempat awam, anak merengek meminta sesuatu dan rengekannya menjadi jeritan dan ada gerak perlawanan. Anak terus mencari akal agar keinginannya dipenuhi, dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita seringkali kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya kita mengiyakan keinginan si anak.

"Ya sudah; kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "

Kenyataan tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk si anak. Anak akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin dengan cara yang lebih lagi.
Menghadapi keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak perlu malu atau takut dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mwngawal anaknya. Ingatlah selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan pantang menyerah! Apapun alasannya, jangan pernah memberi hadiah pada perilaku buruk si anak.



12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik
Kehidupan metropolitan telah memaksa sebahagian besar ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita, membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan,

"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."
Semakin kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Kita tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan sebaliknya. Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.



13. Mudah menyerah dan pasrah
Setiap manusia mempunyai watak yang berbeza-beza, ada yang lembut dan ada yang keras.Kebanyakan ciri watak yang dimiliki oleh ibubapa adalah kurang tegas, mudah menyerah, selalu takut salah dan cenderung mengalah/pasrah. Konflik ini biasanya berlaku bila mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Belajar dan berusaha dengan keras untuk menjadi lebih tegas dalam mengambil keputusan, tingkatkan watak keteguhan hati dan pantang menyerah. Jika perlu, ambil orang yang kita anggap tegas untuk jadi penasihat harian kita.



14. Marah Yang Berlebihan
Kita seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi. Perlu diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling buruk.Pada saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka, melainkan melepaskan geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh mengatasi masalah dengan baik. Marah juga hanya usaha untuk melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan biasanya yang lebih lemah seperti anak-anak].

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana sehingga marah reda. Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas" bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam dalam. Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita dikuasai emosi.
Satu contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya kita emosi dan mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya dengan membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang. Bila hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berusaha memancing marah kita, dan kesudahannya si anak menikmati hasilnya. Anak yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.



15. Ego Untuk Menyapa
Kita pasti pernah mengalami bahawa kita terlanjur marah besar pada anak, biasanya marah terbawa lebih dari sehari, akibat dari rasa kesal yang masih tersisa dan rasa ego, kita enggan menyapa anak kita. Masing-masing menunggu untuk memulakan kembali hubungan yang normal.

Apa yang perlu kita lakukan agar komunikasi cair kembali? Siapa yang seharusnya memulakan? Kita sebagai ibubapalah yang seharusnya memulakan masa anak mula menunjukkan tanda-tanda perdamaian dan mengikuti keinginan kita. Dengan cara ini kita dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap anak, bukan pada peribadinya.



16. Memaklumi/Menerangkan yang tidak kena pada tempatnya
Ini biasanya berlaku pada kebanyakan ibubapa konservatif. Contohnya melihat anak lelaki yang suka mengusik, nakal, ibubapa suka mengatakan,

"Alah, anak lelaki memang begitu" atau ketika melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata "maklumlah ... namanya juga anak anak". Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga membela dengan mengatakan " maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja . "
Bila kita selalu membela tindakan salah yang dilakukan anak-anak, automatik si anak berfikir sikapnya betul, dan akan menjadi teruk jika terbawa sehingga ke dewasa.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tidak perlu menerangkan hal yang tidak perlu, kita harus mendidik setiap anak sesuai dengan sifat dasarnya. Setiap anak boleh dididik dengan tegas [ingat: bukan keras] sejak usia 2 tahun. Semakin awal usianya, semakin mudah untuk dikendalikan dan diajak kerjasama. Anak kita akan bekerjasama jika kita selalu mengajaknya dialog dari hati ke hati, tegas, dan konsisten. Ingat, tidak perlu menunggu sehingga usianya dewasa, kerana semakin bertambah usia, semakin tinggi tahap kesukaran untuk mengubah sikap buruknya.



17. Penggunaan istilah yang tidak jelas maksudnya
Ibubapa kerap menggunakan kenyataan seperti "Jaga ye, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh nakal!" Atau, "Ingat, kalau nanti ikut dengan mama / papa, jangan memalukan mama", boleh juga terungkap , "kalau nak jalan jalan ke taman permainan, jangan macam macam ya".
Tanpa disedari kita sering menggunakan istilah yang sukar difahami atau bermakna lain. Istilah ini akan mengelirukan anak kita. Dalam hati mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan nakal, tingkah laku apa yang termasuk dalam kategori nakal, begitu pula dengan istilah "jangan macam macam", tingkah laku apa yang termasuk kategori "macam macam". Anak menjadi keliru.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bercakap dengan jelas dan tertentu, Contohnya
"Sayang, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh minta mainan, gula-gula, dan tidak boleh menejrit di juruwang seperti dulu ye".
Hal ini penting agar anak mengetahui batasan-batasan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta jangan lupa bersetuju apa akibatnya bila perjanjian ini dilanggar.



18. Mengharap Perubahan Segera
Kita terbiasa hidup dalam budaya yang serba segera, seperti mee segera, susu segera, minuman segera. Sehingga bila anak berbuat salah, kita inginkan perubahan yang segera juga, contoh ketika biasa terlambat bangun, tidak mengemas tempat tidur, sukar dimandikan, kita ingin agar anak kita berubah mendadak dalam jangka masa sehari.

Apabila kita sering memaksa perubahan pada anak kita dalam waku singkat, kemungkinan besar anak sukar memuaskan. Dan ketika dia gagal dalam memenuhi keinginan kita, anak akan kecewa dan tidak yakin boleh melakukannnya lagi. Akibatnya dia memilih untuk melakukan perlawanan seperti banyak memberi alasan, acuh tak acuh, atau marah-marah pada adiknya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita mengharapkan perubahan pada anak, berilah masa untuk setiap fasa perubahan yang rasional untuk boleh dicapainya. Elakkan membuat target perubahan yang tidak mungkin boleh dicapainya. Ajaklah dia untuk melakukan perubahan dari hal yang paling mudah. Biarkanlah dia memilih hal yang paling mudah untuk diubah. Kejayaannya untuk melakukan perubahan tersebut boleh memotivasikan anak untuk melakukan perubahan lain yang lebih sukar. Puji dan jika perlu raikan kejayaan yang dicapainya, sekecil dan semudah apapun perubahan itu. Hal ini untuk menunjukkan betapa seriusnya perhatian kita terhadap usaha yang telah dilakukannya. Tumpukan perhatian dan pujian kita pada usahanya, bukan pada hasilnya.



19. Bukan Pendengar yang Baik
Sebahagian besar ibubapa adalah bukan pendengar yang baik bagi anak anaknya.Benarkah? Bila ada suatu masalah yang terjadi pada anak, ibubapa lebih suka menyampuk, terus menasihati tanpa bertanya permasalahannya serta asal usul kejadiannya.

Sebagai contoh, anak kita baru saja pulang sekolah yang sepatutnya pulang waktu tengahari tetapi sampai di rumah pada waktu petang. Ibubapa menjadi risau dan menunggu kepulangan anak.

Ketika anak kita sampai dan masih penat, kita terus menyambutnya dengan pelbagai pertanyaan dan bebelan. Bila anak hendak bicara, kita selalu memotongnya. Akibatnya anak tidak ingin bercakap dan marah pada kita.
Bila kita tidak berusaha mendengar mereka, maka mereka pun akan bersikap seperti itu pada kita dan akan belajar mengabaikan kita.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin hal ini terjadi, maka mulai saat ini jadilah pendengar yang baik. Dengarkan setiap ucapannya. Ajukan soalan-soalan untuk menunjukkan minat kita akan persoalan yang dihadapinya.



20. Selalu menuruti permintaan anak.
Apakah anak kita adalah anak tunggal? Atau anak lelaki yang ditunggu-tunggu dari beberapa anak perempuan kakak-kakaknya? Atau mungkin anak yang sudah bertahun-tahun ditunggu tunggu? Fenomena ini seringkali menjadikan ibubapa teramat sayang pada anaknya sehingga apa saja kemahuan dituruti.

Seperti Raja Kecil, semakin hari tuntutannya semakin banyak dan kuat, jika menjadi kebiasaan akan sukar dibendung. Anak yang dididik dengan cara ini akan menjadi anak yang ego, tidak inign bertolak ansur, dan tidak boleh bersosial.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Betapa sayangnya kita pada anak, janganlah pernah mengamalkan cara didikan seperti ini. Rasa sayang tidak perlu di tunjukkan dengan menuruti segala kemahuannya. Jika kita sayang, maka kita harus mengajar tentang nilai baik dan buruk, yang benar dan yang salah, yang boleh dan yang tidak boleh. Jika tidak, rasa sayang kita akan membuatnya jadi anak yang mementingkan diri sendiri.



21. Terlalu Banyak Larangan
Ini adalah bertentangan dari kebiasaan di atas. Ibubapa jenis ini cenderung menjadikan anak seperti apa yang kita inginkan secara SEMPURNA, kita cenderung membentuk anak kita sesuai dengan keinginan kita; anak kita harus begini tidak boleh begitu; dilarang melakukan ini dan itu.

Sehingga anak tidak tahan lagi dengan cara kita, dia pun akan memberontak, baik dengan cara menyakiti diri,memberontak dalam diam atau dengan terbuka. Oleh itu, kurangkan sifat kesempurnaan kita, berilah izin kepada anak untuk melakukan perkara yang baik dan positif. Berlatih untuk selalu berdialog agar kita boleh melihat dan memahami sudut pandang orang lain. Bangkit dengan situasi saling mempercayai antara anak dan kita. Kurangkan jumlah larangan yang berlebihan dengan meminta pertimbangan pada pasangan kita. Gunakan kesepakatan untuk memberikan batas yang lebih baik.

Contoh,
"kamu boleh keluar tapi jam 9 malam harus tiba di rumah. Jika kemungkinan pulang lambat, segera beritahu Papa / Mama.



22. Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan
Ini adalah kesan akibat tidak menjadi pendengar yang baik. Kita kerap memotong perbualan ketika anak sedang memberi penjelasan, dan akan membuat kesimpulan akhir yang biasanya akan memburukkan atau mengecewakan anak. Padahal kesimpulan kita belum tentu benar, dan seandainya benar, cara seperti ini akan menyakitkan hati anak kita.

Seperti contoh anak yang balik lewat. Anak terlambat balik dan hendak menjelaskan sebabnya, kita memotong ayatnya dengan ungkapan, "Sudah! jangan bagi alasan " atau " Ah, Papa / Mama tahu, kamu pasti menyimpang ke tempat lain kan?! ".

Jika kita melakukan kebiasaan ini terus menerus, anak akan berfikir kita adalah ibubapa yang tidak mahu memahami keadaan dan menjengkelkan. Lalu mereka tidak ingin bercerita atau bercakap lagi, dan akibat anak akan benar-benar melakukan hal-hal yang kita tuduhkan padanya. Anak tidak ingin mendengar nasihat kita lagi, dan pada tahap yang paling teruk, dia akan pergi ketika kita sedang berbicara padanya. Pernahkah anda mengalami hal ini?

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah memotong percakapan dan membuat kesimpulan terlalu awal.Tak seorang pun yang suka bila percakapannya dipotong, apalagi ceritanya disimpulkan oleh orang lain.
Dengarkan, dengarkan, dan dengarkan sambil memberikan tanggapan positif dan bersemangat. Ada masanya kita akan diminta untuk bercakap, tentunya setelah anak selesai dengan ceritanya. Bila anak sudah membuka soalan, "bagaimana,ibu/ayah?" Ertinya dia sudah sedia untuk mendengar pertuturan atau komen kita.



23. Mengungkit Kesalahan Masa Lalu
Akibat bukan pendengar yangbaik dan terlalu cepat membuat kesimpulan akan berlanjutan dengan hal yang menyakitkan hati anak, dengan mengungkit rekod kesalahan yang pernah dibuat oleh anak. Contohnya, "kan Papa / Mama dah cakap? Kamu tidak pernah nak mendengar, sekarang tengok apa dah jadi. Jadi kena dengar cakap mama / papa".

Kiat berharap dengan mengungkit kejadian masa lalu, anak akan belajar dari kesilapan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, anak akan sakit hati dan berusaha mengulangi kesalahannya sebagai tindakan balasan dari sakit hatinya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin anak berkelakuan buruk lagi, janganlah diungkit-ungkit masa lalunya. Cukup dengan tatapan mata, jika perlu rangkullah dia. Ikutlah berempati sampai dia mengakui kesalahan dan kekeliruannya. Ucapkan kenyataan seperti "manusia itu tempatnya salah dan lupa, semoga ini menjadi pelajaran berharga buat kamu", atau "Papa / mama bangga kamu boleh mencari hikmah positif dari kejadian ini". Jika ini yang kita lakukan, anak akan lebih mendengar nasihat kita. Cuba dan buktikanlah!.



24. Suka Membandingkan
Hal yang paling menyakitkan adalah ketika kita membandingkan dengan orang lain.Bila kita sedang berada di suatu majlis dan bertemu dengan orang yang berpakaian hampir sama atau berwarna sama, kita merasa tidak selesa untuk berdekatan.

Secara psikologi, kita sangat tidak suka bila kehadiran kita baik secara fizikal atau sifat-sifat kita dibanding dengan orang lain. Cuba ingat pengalaman kita bila ada orang yang membandingkan kita, bagaimana perasaan kita saat itu?

Tetapi, kebanyakan ibubapa sering melakukan hal ini pada anaknya - membandingkan anak yang malas dengan yang rajin. Anak yang kemas dengan yang comot. Anak yang cekap dengan anak yang lembap. Anak yang mendapat markah tinggi di sekolah dengan anak yang markah rendah. Ayat yang sering terdengar biasanya seperti, "Cuba kamu rajin belajar seperti adik, mesti markah kamu tidak seperti ini!".

Jika kita tetap melakukan kebiasaan ini, beberapa akibat akan berlaku; anak kita semakin tidak menyukai kita. Anak yang dibandingkan akan iri dan dengki dengan yang dibanding. Anak yang menjadi pembanding akan merasa sombong dan bongkak.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tiap manusia dilahirkan dengan watak dan sifat yang unik. Jangan sesekali membandingkan antara satu sama lain. Catat perubahan setiap sikap anak. Jika ingin membandingkan, bandingkanlah dengan sikap mereka di masa lalu, ataupun dengan nilai-nilai ideal yang ingin mereka capai. Contohnya, "Eh, biasanya anak papa / mama suka mengemas tempat tidur, kenapa hari ini tak ya?"



25. Sentiasa Betul dan Tahu Segalanya
Egosentrik (bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain) terjadi pada anak usia 1-3 tahun. Usia tersebut adalah masa apabila anak merasa paling benar dan memaksakan kehendaknya. Tapi sifat ini terbawa dan masih banyak dimiliki oleh ibubapa. Contoh ungkapan orang tua, "ah kamu ini masih hingusan, bukan tau apa soal hidup." Atau, "kamu tau tak, papa / mama ini sudah banyak makan asam garam kehidupan, jadi tak payah bagi nasihat dengan kami!".

Jika kita mempunyai kebiasaan seperti ini, kita telah membuat proses komunikasi dengan anak ke arah jalan buntu. Walaupun maksud kita adalah untuk menunjukkan kelebihan kita di depan anak, tapi yang ditangkap anak adalah semacam kesombongan yang luar biasa, dan tentu saja tak seorang pun ingin mendengar nasihat orang yang sombong.

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Seringkali usia dijadikan acuan tentang banyaknya pengetahuan dan pengalaman. Pada zaman dulu hal ini boleh jadi benar, namun sekarang, keadaan itu tidak berlaku lagi. Siapa yang lebih banyak mendapatkan maklumat dan mengikuti kegiatan, maka dialah yang lebih banyak tahu dan berpengalaman.

Jadi janganlah merasa menjadi orang yang paling tahu, paling hebat, paling alim. Dengarkanlah setiap input yang datang dari anak kita.



26. Saling Melepaskan Tanggungjawab
Mendidik anak menjadi tanggungjawab ibubapa. Bila kedua belah pihak merasa kurang bertanggungjawab, maka proses pendidikan anak akan terasa tempang dan jauh dari berjaya. Lagi teruk, bila ibubapa sudah mula merasakan kesan perlawanan dari anak-anaknya, yang sering terjadi malah saling menyalahkan satu sama lain.

Kenyataan yang kerap muncul adalah, "kamu tak pandai nak mendidik anak", dan kemudian dibalas "sedapnya bercakap, kamu sendiri selama ini ke mana?!". Jika cara ini yang dipertahankan dalam keluarga, adakah menyelesaikan masalah? Tunggu saja hasilnya, pasti ibubapalah yang akan menuai hasilnya, anak akan merasa sikap buruknya adalah bukan kerana kesalahannya, tapi kerana ketidaksepakatan ibubapanya. Jelas anak tidak akan merasa dididik malah semakin berkelakuan buruk.

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Hentikan saling menyalahkan. Ambillah tanggungjawab sebagai ibubapa secara seimbang.keberhasilan pendidikan terletak di tangan ibubapa. Pendidikan adalah kerja sama pasukan, bukan individu. Jangan gunakan alasan tidak ada masa, semua orang mempunyai masa 24 jam sehari, jadi aturlah masa kita dengan berbagai macam cara dan berbincang selalu dengan pasangan kita.



27. Kakak/Abang Harus Selalu Mengalah
Kebiasaan anak yang lebih tua harus selalu mengalah pada yang lebih muda. Seolah-olah hal itu sudah menjadi budaya. Tapi sebenarnya, adakah dasar logiknya dan di mana prinsip keadilannya?

Ada satu contoh nyata seperti berikut:
Ada seorang kakak beradik, kakak bernama Dita dan adik bernama Rafiq.Neneknya selaku pengasuh utama selalu memarahi Dita ketika Rafiq menangis.Tanpa mengetahui siapa yang salah dan benar, si Nenek selalu membela si adik dan meletakkan kesalahan pada kakaknya. "Kenapa dengan kamu ini ? Sudah besar tapi tak nak mengalah dengan adik. "Begitulah ucapan yang keluar dari mulut si Nenek. Terkadang disertai dengan cubitan pada kakaknya.

Apa yang terjadi selanjutnya? Dita menjadi anak yang tidak mempunyai rasa percaya diri. Dia pun mula membenci adiknya. Lama kelamaan Dita mula banyak melawan atas ketidakadilan ini, dan yang terjadi kemudian adalah kedua bersaudara ini makin sering bertengkar. Sementara Rafiq yang selalu dibela menjadi makin ego dan makin berani menyakiti kakaknya, selalu merasa benar dan memberontak.

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Anak perlu diajar untuk memahami nilai benar dan salah atas perbuatannya.Nilai benar dan salah tidak mengenal faktor usia. Benar selalu benar dan salah selalu salah berapa pun usia pelakunya.
Berlakulah adil. Ketahuilah maklumat secara lengkap sebelum mengambil keputusan. Jelaskan nilai benar dan salah pada anak.



28. Menghukum Secara Fizikal
Dalam keadaan emosi, kita selalu sensitif dengan sikap anak, bermula dengan suara keras, dan kemudian meningkat menjadi tindakan fizikal yang menyakiti anak.

Jika kita terbiasa dengan keadaan ini, kita telah mendidiknya menjadi anak yang degil, suka menyakiti orang lain dan memberontak. Perhatikan jika mereka bergaul dengan rakan sebaya. Percaya atau tidak, anak akan meniru tindakan kita yang suka memukul. Anak yang suka memukul rakannya pada umumnya adalah anak yang sering dipukul di rumahnya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah sekalipun menggunakan hukuman fizikal kepada anak - mencubit, memukul, atau menampar bahkan ada juga yang pakai alat seperti tali pinggang atau rotan.
Gunakanlah kata kata atau dialog, dan jika cara dialog tidak berjaya maka cubalah nilai diri kita. Cari jenis kebiasaan yang salah yang selama ini telah kita lakukan dan menyebabkan anak kita berkelakuan seperti ini.



29. Menunda atau Membatalkan Hukuman
Kita semua tahu bahaya yang luar biasa dari merokok, mula dari kanser, mati pucuk, gangguan kehamilan dan janin. Tapi mengapa masih banyak yang tidak peduli dan tetap degil untuk terus menjadi perokok? Jelas kerana akibat dari merokok itu terjadi kemudian dan bukan ketika itu juga.
Begitu juga dengan anak kita. Jika anda menjanjikan sebuah akibat hukuman atau hukuman bila anak berkelakuan buruk, jangan menunggu masa yang terlalu lama, melambatkan, atau bahkan membatalkan kerana alasan lupa atau kasihan.

Bila telah terjadi kesepakatan antara kita dan anak seperti tidak boleh minta dibelikan gula-gula atau mainan dan ternyata anak cuba cuba untuk merengek, kita ingatkan kembali pada kepadanya tentang perjanjian yang kita buat bersama. Anak biasanya akan berhenti merengek. Namun malangnya ketika anak berhenti merengek, kita menganggap masalah susah selesai dan akhirnya kita menunda atau bahkan membatalkan hukuman entah kerana lupa atau kasihan. Apa akibatnya? Anak akan mempunyai anggapan bahawa kita hanya bercakap kosong, maka mereka akan mempunyai kecenderungan untuk melanggar perjanjian kerana hukuman tidak dilaksanakan.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jila kita sudah mempunyai kesepakatan dan anak melanggarnya, maka sekatan perlu dilaksanakan, jika kita kasihan, kita boleh mengurangkan hukumannya, dan usahakan hukumannya jangan bersifat fizikal, tapi seperti pengurangan masa menonton tv, ataupun bermain video game.



30. Terpancing Emosi
Jika ada keinginannya yang tidak dipenuhi, anak sering kali merengek, menangis, berguling dsb, dengan tujuan memancing emosi kita yang akhirnya kita marah atau mengalah. Jika kita terpancing oleh emosi anak, anak akan merasa menang, dan merasa boleh mengendalikan ibubapanya. Anak akan terus berusaha mengulanginya pada kesempatan lain dengan pancingan emosi yang lebih besar lagi.

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Yang terbaik adalah diam, tidak bercakap, dan tiada tindak balas. Jangan pedulikan rengekan anak kita. Bila anak menangis katakan padanya bahawa tangisannya tidak akan mengubah keputusan kita. Bila anak tidak menangis tapi tetap masih membuat hal, kita katakan saja bahawa kita akan mempertimbangkan keputusan kita dengan syarat si anak tidak membuat hal lagi. Selepas pernyataan itu kita keluarkan, lakukan aksi diam. Tatap dengan mata pada anak, hingga ia berhenti mengadu/membuat hal. Proses ini memerlukan masa lebih dari 30 minit dan tabahlah untuk melakukannya. Dalam proses ini kita jangan malu pada orang yang memperhatikan kita; dan jangan pula ada orang lain yang berusaha menolong anak kita yang sedang membuat hal tadi. SEKALI KITA BERHASIL MEMBUAT ANAK KITA MENGALAH, maka selanjutnya DIA TIDAK AKAN MENGULANGI untuk yang kedua kalinya.



31. Menghukum Anak Saat Kita Marah
Hal yang perlu kita perhatikan dan selalu ingat adalah jangan pernah memberikan hukuman apa pun pada anak ketika emosi kita sedang memuncak. Pada saat emosi kita sedang tinggi, apa pun yang keluar dari mulut kita, baik dalam bentuk kata-kata mahupun hukuman akan lebih menyakiti dan menghakimi dan tidak menjadikan anak lebih baik. Kejadian tersebut akan terkesan pada anak biar pun telah berganjak dewasa. Anak juga boleh berdendam pada ibubapanya kerana sering mendapat perlakuan di luar batas.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bila kita sedang marah segeralah menjauhi anak. Pilihlah cara yang tepat untuk boleh menurunkan marah kita dengan segera.

Apabila marah, kita akan memberikan hukuman yang berat pada anak, dan hanya akan menimbulkan pemberontakan baru yang lebih kuat daripada anak. Selepas emosi reda, barulah kita memberikan hukuman yang mendidik dan tepat dengan konteks kesalahan yang dibuat. Ingat, prinsip hukuman adalah untuk mendidik bukan menyakiti. Pilihlah bentuk sekatan atau hukuman yang mengurangkan aktiviti yang disukainya, seperti mengurangkan masa main game, atau bermain basikal.



32. Mengejek
Ibubapa yang biasa mengejek anaknya, seringkali secara tidak sedar telah membuat anak menjadi kesal. Dan ketika anak memohon kepada kita untuk tidak mengejeknya, kita malah semakin senang telah berjaya membuatnya kesal atau malu. Hal ini akan membina rasa tidak suka anak pada kita dan yang sering terjadi anak tidak menghargai kita lagi. Mengapa? Kerana ia menganggap kita juga seperti kawna-kawannya yang suka mengusik,

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Jika ingin bergurau dengan anak kita, pilihlah bahan bergurau yang tidak membuatnya malu atau yang merendahkan dirinya. Akan jauh lebih baik jika seolah-olah kitalah yang jadi badut untuk ditertawakan. Anak kita tetap akan menghormati kita. Jagalah batas-batas dan elakkan bergurau yang boleh membuat anak kesal apalagi malu. Bagaimana caranya?Lihat ekspresi anak kita. Apakah kesal dan meminta kita segera menghentikannya? Bila ya, segeralah hentikan dan jika perlu meminta maaflah atas kejadian yang baru berlaku. Katakan bahawa kita tidak bermaksud merendahkannya dan kita berjanji tidak akan mengulanginya lagi.



33. Menyindir
Terkadang kerana marahnya ibubapa sering didedahkan dengan kata-kata singkat yang pedas dengan maksud menyindir, seperti, "Tiba-tiba awal hari ini dah balik", atau " kamu pikir Mama / Papa ini pengawal keselamatan yang jaga pintu tiap malam ? ".

Kebiasaan ini tidak akan membuat anak kita menyedari akan sikap buruknya tapi malah sebaliknya akan membuat ia semakin menjadi-jadi dan menjaga jarak dengan kita. Kita telah menyakiti hatinya dan membuatnya tidak ingin berkomunikasi dengan kita.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Katakanlah secara langsung apa yang kita inginkan dengan kalimat yang tidak menyinggung perasaan, memalukan bahkan menyakiti hatinya. Katakan saja, "Sayang, Papa / Mama bimbang akan keselamatan kamu kalau balik lewat malam". Dan sebagainya.



34. Memberi Nama Gelaran yang Buruk
Kebiasaan memberikan gelaran yang buruk pada anak boleh mengakibatkan rasa rendah diri, tidak percaya diri, atau rasa benci. Adakalanya anak ingin membuktikan kehebatan gelaran atau gelaran tersebut pada orang tuanya.

Penyelesaiannya.
Menukar gelaran buruk dengan yang baik, seperti, anak baik, anak hebat, anak bijak. Jika tidak boleh menemuinya cukup dengan panggil dengan nama kesukaannya saja.



35. Mengumpan Anak yang Suka Membantah
Ketika anak marah, merengek atau menangis, meminta sesuatu dengan memaksa, kita biasanya mengalihkan perhatiannya kepada perkara atau barang lain. Hal ini dimaksudkan supaya anak tidak merengek lagi. Namun yang terjadi malah sebaliknya, rengekan anak semakin menjadi-jadi. Contohnya, anak menangis kerana ia minta dibelikan mainan, kemudian kita berusaha membuatnya diam dengan berusaha mengalihkan perhatiannya seperti, "Lihat ada kakak pakai baju warna apa tu ..." atau "Lihat ini, comelnya gambar ini"

Ingatlah selalu, pada saat anak kita sedang fokus pada apa yang dia mahu, ia akan memancing emosi kita dan emosinya sendiri akan menjadi sensitif. Anak kita pada umumnya adalah anak yang bijak. Dia tidak ingin dialihkan ke hal lain jika masalah ini belum ada kata sepakat penyelesaiannya. Semakin kita berusaha mengalihkan ke hal lain, semakin marahlah anak kita.

Apa yang sebaiknya dilakukan?
Selesaikan apa yang diinginkan oleh anak kita dengan membincangkan perkara itu dan membuat perjanjian di tempat, jika kita belum sempat membuat perjanjian di rumah. Katakan secara langsung apa yang kita inginkan terhadap permintaan anak tesebut, seperti "Papa / Mama belum boleh belikan mainan itu sekarang. Jika kamu nak, harus menabung terlebih dahulu. Nanti Papa / Mama ajar cara menabung. Bila kamu terus merengek kita tidak jadi jalan-jalan dan terus balik rumah. "Jika ayat ini yang kita katakan dan anak kita tetap merengek, segeralah kita pulang biar pun urusan belum selesai. Untuk urusan lain kita masih boleh menundanya. Tapi jangan sekali-kali menunda dalam mendidik anak.



36. Televisyen Sebagai Agen Pendidikan Anak
Perilaku anak terbentuk kerana 4 perkara:

anak asyik tengok tv
Siapa yang lebih dulu mengajarkan kepadanya: kita atau TV?
Siapa yang dia percaya: apakah anak percaya pada kata-kata kita atau pada program TV?
Siapa yang menyampaikan dengan lebih menyenangkan: apakah kita menasihatinya dengan cara menyenangkan atau program-program TV yang lebih menyeronokkan?
Siapa yang sering menemaninya: kita atau TV?

Apa yang seharusnya kita lakukan?

Komunikasi dan buat pendekatan dengan menilai 4 hal tersebut yang menjadi faktor pembentuk perangai anak kita.
Menggantikannya dengan kegiatan di rumah atau di luar rumah yang padat.
Gantilah program TV dengan cerita pengetahuan yang lebih mendidik dan mencabar bermula dari kartun hingga CD dalam bentuk permainan pendidikan.




37. Mengajar Anak untuk Membalas
Sesetengah anak mempunyai kecenderungan suka memukul dan ada juga yang menjadi objek menerima pukulan dari rakan sebaya. Ibubapa biasanya tidak sabar melihat anak disakiti dan memprovokasi anak kita untuk membalasnya. Hal ini secara tidak langsung mengajar anak membalas dendam. Sebab pada saat itu emosi anak sedang sensitif dan apa yang kita ajarkan ketika itu akan diingatinya. Jangan terkejut bila anak kita sering membalas atau membalikkan apa yang kita sampaikan kepadanya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?:

Mengajar anak untuk mengelakkan rakan-rakan yang suka menyakiti.
Menyampaikan atau melaporkan pada ibubapa berkenaan bahawa anak kita sering dipukul atau dibuli dari anak tersebut.
Ajaklah ibubapa anak yang suka memukul untuk mengikuti program parenting baik di radio atau media lain.

Sunday, 9 March 2014

Best Time To Post on FB






When to Post on Facebook, Twitter, Google+, LinkedIn, and Pinterest (Infographic)

Social Media

By Pam Dyer, Published March 8, 2014


2 Join the discussion!





Share:



Tweet153

Share27 Share28 Share24 Share6


Share274


[/url][url=undefined][/url][url=undefined][/url]



Share:
[url=undefined]153Tweet

27Share28Share24Share



Share

274

[/url][url=undefined][/url][url=undefined][/url]




Social media is always on.

[Image: social-media-best-times-to-post.png]Determining the best times to post on Facebook, Twitter, Google+, Pinterest, LinkedIn, and blogs is vital to
content marketing success. The optimal time to share on each platform may vary depending on your audience, of course. The nature of your business and data about when your audience is active should inform and drive your timetable so that you maximize your reach and virality.

Social media timing tools

There are many tools you can use to gauge your timing. HootSuite’s functionality enables you to automatically schedule your Twitter, Facebook, and LinkedIn updates based on your followers’ engagement patterns. A great app I just discovered called SocialBro analyzes the timelines of your followers and creates a “best time to tweet” report that tells you when you should be tweeting to maximize retweets and replies. Topsy, an app that has been around for a few years, performs social network trend analysis. Timing+ helps you decide when it’s best to post on Google+ by evaluating your historical post data. SocialFlow uses real-time data to understand the constantly changing interests of your audience and maps your content to the windows where you’ll get the most attention.

When to post on Facebook, Twitter, Google+, Pinterest, LinkedIn, and blogs — and when not to

Fannit combed the Web and aggregated the timing information below, which you can use as a general guideline.

  • Facebook
Best times: Weekdays 6:00-8:00am and 2:00-5:00pm

Worst times: Weekends 10:00pm-4:00am

  • Twitter
Best times: Weekends 1:00-3:00 pm

Worst times: 8:00pm-8:00am

  • Google+
Best times: 9:00-11:00am

Worst times: 6:00pm-7:00am

  • LinkedIn
Best times: 7:00-8:30am, 5:00-6:00pm

Worst times: Monday and Friday, 9:00am-5:00pm

  • Pinterest
Best times: Saturday, 2:00-4:00am and 8:00-11:00pm

Worst times: 1:00-7:00am and 5:00-7:00pm

  • Blogs
Best times: Monday, Friday, and Saturday at 11:00am

Worst times: 11:00pm-8:00am

Thursday, 6 March 2014

Sistem Kapitalis US akan tersungkur tidak lama lagi bila dunia menyedari.

We are told that the world is facing liquidity problems - means there is no money in the market . Then we asked where presumably all the money accumulated in this world goes.China , Japan , Korea , Singapore , Taiwan and Malaysia itself , including money - saving this money in the form of U.S. paper .
This saved money - the savings of the country - a result we sell and purchase in America.China and Japan are the most dollar store paper . Paper dollars have been forced upon the world by the imperial power of the United States.Enforcing this in two ways . First , America has entered 1972-74 with the Saud family that all buying and selling oil must use paper dollars for petroleum fuel needed by all countries with major manufacturers Arabia .
Instead, the U.S. imperial power promised to protect the security of the Saud family was hit by a wave of people.Second , the strength of the army. American built 702 military bases in 130 countries in the world .There is no country dared oil sellers sell oil without using paper dollars. Saddam Hussein tried to remove the paper dollar as the currency of the sale and purchase of oil.The answer Saddam hanged to death . Iran is trying to move away from paper dollars , so all forms of sanctions against Iran is being done .
Whence came the paper dollar ? Paper is just paper dollars that had been forced down on the citizens of the world . It is called fiat money - the value of the victim.Without this force is just paper dollars that do not have any value . Thus , the paper dollar is a scam leading capitalist economic system .At first the United States a revolutionary country that stands to protect the interests of citizens . United issued their own paper money .
American independence has freed himself from the owner of the bank that has long been nesting in the City of London . Ladies bank owners feel they are losing precious ground when Americans become free and independent .So the bankers have taken a conspiracy to force the American administration directly tied to their interests .In 1913 , after several failed attempts , finally the owner of the bank was able to force ( or trick ) Congress to accept and approve the Federal Reserve Act of 1913.Many people in the world mistakenly think that the Federal Reserve is America 's state-owned banks . Incorrect.The Federal Reserve is not a state-owned banks such as Bank of America we are on the edge of Jalan Kuching . The Federal Reserve is a private bank that your confidential owners .
Who is the members of the board of directors of the Federal Reserve also kept secret. Congress can only accept or reject the two names to be proposed by the Federal Reserve.As the world's only recognize the name of Alan Greenspan , Federal Reserve chairman Ben Bernanke's past and its chair last .Who else behind the scenes of the Federal Reserve will not be made ​​public.
According to the 1913 act , the American administration no longer allowed to issue its own currency . Currency for the Americas will only be issued by the Federal Reserve.If the U.S. government requires the dollar , then the government must borrow from the Federal Reserve - either by selling bonds or borrowing at fixed.See how hence intellectually misleading conspiracy owners of this bank .As written last week, the owners of these banks print paper called dollars without any basis . Paper dollars will be borrowed by the U.S. government from the Federal Reserve and will be paid back with interest .
Money to pay the debt and usury came from the energy and hard work of Americans . Using plain paper , the bankers have created treasure .Today as business exchange in the world are all required to use the dollar . All the savings banks in this country will be backed with paper dollars.It was imposed by the capitalist system led by the Anglo-American capitalists . The bankers and the capitalists have set up the world's financial institutions .World Bank and International Monetary Fund ( IMF ) be two black board that ensures green paper is used around the world .
Each country will be assessed the strength of the dollar based economy . International businesses are all using paper dollars. The goods we export and import all our goods are valued operate with this green paper .Thus , our own in Malaysia will see up collapsed our economy through dollars comparison with paper dollars.
If the reader understand what I write , then immediately apparent that human beings in this world have diperb0dohkan and cheated by the Federal Reserve , the World Bank and IMF.So we asked ourselves: why not do something to free themselves from this global capitalist system ?
First , a lot of Americans own less aware of magic and trickery conducted by the Federal Reserve over their country. People of the world are also not aware of the same .Second , no one will be able to enter the White House would dare divulge this secret. Look what happened to Abraham Lincoln against the owners of the bank and the Central Bank ( the original name of the Federal Reserve ) .President Lincoln fought almost went bankrupt Lincoln Greenback Dollar printed without borrowing from the Central Bank .
See also what happened to John F. Kennedy for trying to disclose the conspiracy of these capitalists .Third , no one will be able to become a member of Congress or in the U.S. Senate with an agenda against the Federal Reserve, against the bankers and the capitalists of this ..Since 1913, the owners have created a network of bankers , and the secret cable to ensure their interests are taken care of by the politicians .
Today the secret cable banker has influenced all branches of the U.S. administration . As a result , the media is not and will not report to a radical grassroots plotting the bankers and the capitalists of this .Sixty years ago there were still 86 major media companies in the world . At that time, the print media still move freely.
Today the only remaining six companies - Viacom , General Electric , Disney , NewsCorp , Times Warner and CBS - have various forms of media .These media companies are owned by the owners of the bank. Even if research thoroughly , we will find that the capital - capital has also found its way into our local media industry .
The organizing and planning all this is secret cables such as the Freemasons , Bohemian Grove , Bilderberg Group, Skull and Bones - all under one roof centrally controlled by financiers and bankers who are planning to bring a new world order .Behind all this , names like Rothschild , Rockefeller and Morgan . They gathered under the umbrella organization called the Illuminati . Profile - profile being rich has never appeared to show their faces .
The confidential cable has brought faces can be recognized by the world as Henry Kissinger , Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington . They are regarded as jurufikir gathered under the Council of Foreign Relations in the U.S. and the Royal Institute of International Affairs in the United Kingdom .

Wednesday, 26 February 2014

Kenapa Perlaksanaan PBS Jadi Huru Hara

Kenapa Perlaksanaan PBS Jadi Huru Hara

Assalamualaikum wbt



Assalamualaikum...
Bersua kita dalam entry yang serious...
Sebenarnya takut jugak nak tulis...
Sebab kot2 ada orang print letak atas meja pengarah...dan2 tu kne tindakan tatatertib... kne pindah Sabah ke mana... gelap la jalan hidupku...
Tapi...
Bila fikir...
Pendapat peribadi..
Takkan xboleh kot...
Takkan kita xboleh bercerita dan memberi pendapat...
Sebab kekadang dalam membuat tindakan...
Mungkin ada terlepas pandang mana2 sisi...
Maka kalau ada pendapat untuk ditambah baik... bukankah lebih bagus?

Dan aku terpanggil untuk menulis ini juga adalah untuk membersihkan nama baik tugas guru dari pandangan serong mereka-mereka yang selain dari kerjaya seorang guru... iya.. gambaran yang diberikan oleh sesetengah pihak seolah-olah bahawa guru sangat teruk kerana hanya pandai mengomen dan tidak melaksanakan PBS dengan betul.. sedih tau... rasa macam sia-sia jek bertungkus lumus bersengkang mata cuba sehabis daya untuk melaksanakan PBS tp di akhir cerita seolah-olah cikgu ni apa pun xbuat... dan bertambah sedih bila kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak yang sepatutnya membela nasib guru... T___T

Maka...sekali lagi aku tegaskan..bahawa ini adalah pandangan peribadi...tanpa sebarang niat untuk menghasut apatah lagi nak ajak demo gulingkan kerajaan... bukan ok... cuma nak cerita pasal PBS dan nasib guru kerana dipersalahkan...

hanya untuk membuka mata bagi mereka yang tidak pernah tahu tentang PBS atau mendapat maklumat yang salah...

Ini adalah kisah benar dari aku yang telah menjadi pentaksir PBS malah pernah memegang jawatan S/U PBS sebelum pindah... aku guru sekolah menengah...mengajar Tingkatan 1,2 dan 3... kalau cikgu sekolah rendah aku xpasti bagaimana pengalaman mereka... diorang lagi la.. 2011 dah mula untuk budak darjah satu... (Ezry anaknsaudara aku la batch itu.. batch eksperimen... xtau la mcm mna UPSR dia nnt huhuhu~~).. maka cerita ini adalah sangat panjang... kalau takut juling...jangan baca... kalau ada niat tidak baik terhadap aku juga sila jangan baca.. saya merayu supaya entry aku ini tidak disalahtafsirkan... anggap je korang baca ruangan komentar di mana2 surat khabar *(aku ada terfikir nak hantar kat ruangan paper tu...tp mcm pendek sangat..nnt takut apa yang aku nak ceritakan xsampai... jadi tulis kat blog boleh panjang-panjang... )

2011
Alkisah bermula pada penghujung 2011 apabila KPM mengumukan bahawasanya PMR akan dimansuhkan bermula 2014... maka bermula saat itu...kita diperkenalkan dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS... Pentaksiran... untuk menggantikan penilaian..... PMR kan Penilaian Menengah Rendah...

Dari segi istilah..pentaksiran membawa maksud... sila rujuk kamus dewan.. tapi secara ringkas membawa maksud penilaian secara menyeluruh... xfaham? Begini... kalau pelajar jawab silap... kita bagi semula soalan tu untuk dia jawab... sampai dia boleh jawab dengan betul... xde istilah markah... bagus kan PBS ni? Hehehe.. itu baru maksud... tak masuk pelaksanaan lagi tu... jeng jeng jeng...

Maka...bermula penghujung 2011... semua guru yang mengajar menengah rendah berasa suspen terutamanya guru-guru yang mengajar tingkatan 1.. ye la..tahun 2012 bermula pelaksanaannya..tapi satu maklumat pun xdapat...yang diberitahu.. PBS ganti PMR...

2012

Maka masuklah tahun 2012.... masih tiada sebarang maklumat.. maka cikgu2 dengan penuh iltizam... mengajar dengan penuh semangat seperti biasa... terkontang kanting tanpa sebarang maklumat antara PBS dan PMR... sehinggalah pertengahan Mac - April... wakil guru tingkatan 1 bagi setiap subjek bagi setiap sekolah dipanggil untuk Kursus Penyebaran Maklumat PBS Tingkatan 1... Kursus selama 4 hari.. pulang dari kursus itu..setiap guru diwajibkan untuk memberi taklimat kepada rakan2 guru subjek yang lain... maka.. secara kesimpulan... akhir bulan April baru guru-guru mendapat maklumat tentang PBS... antara yang diberitahu ..


1) tiada peperiksaan untuk pelajar... 100% PBS...


2) PBS dibahagi 2 iaitu PS = pentaksiran sekolah dan PP= pentaksiran pusat

Pentaksiran sekolah dilakukan oleh cikgu.. 100% cikgu mengikut DSP yang dikeluarkan lembaga peperiksaan... DSP inilah yang dibahagikan kepada 6 band.. band 1 - band 6... band 1 paling lemah...band 6 paling hebat... dan setiap band ini dibahagikan pula mengikut deskriptor dan evidens yang tersindiri.... maka jadilah ia macam ini....
pentaksiran pusat ialah tugasan yang akan diberikan kepada pelajar oleh pihak Lembaga Peperiksaan... pelajar akan diberi tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan tersebut.
konsep PBS... 100% dibuat oleh pelajar... tidak boleh dibantu oleh mana2 individu untuk menyiapkan projek tersebut. sama ada PS atau PP.

maka setiap soalan itu tidak boleh diberikan kepada pelajar untuk dijadikan kerja rumah... semuanya harus disiapkan di dalam kelas...

waktu mengajar bagi satu masa dalam 35 minit- 40 minit... berapa minit masa yang diperlukan untuk pelajar menjawab evidens2 itu..? sekolah MRSM, SBP or sekolah yang budak pandai2 memang tiada masalah... tapi kalau sekolah yang majoritinya pelajar berpencapaian sederhana dan lemah... bagi masa 30 minit untuk jawab tu pun banyak kosong dari jawab.. ada sesetengah tu kosong je kertas tiada jawapan..padahal baru je lepas ajar sblm bagi soalan tu..... T___T ... jadi.. guru menghadapi konflik... diantara nak mengajar menghabiskan syllabus dan nak bagi masa untuk pelajar menjawab... kalau setiap subjek ada 4 chapter je xpelah jugak... ni 7-8 bab... mcm mna nak habiskan syllabus? mcm mna nak pastikan pelajar dapat menjawab pentaksiran PBS? dah la evidens tu banyak.. korang tengok la sdiri gambar di atas tu.. cuba kira berapa evidens semuanya... tu baru cerita nak laksanakan.. aku xmasuk bab merekod data lagi.... huhuhuhu...


Pentaksiran Pusat tak semestinya masa tingkatan 3... dia ada lampirkan jadual... masa form 1 subjek apa ada PP.. masa f2 subjek apa ada PP.. masa f3 subjek apa ada PP... Kalau xsilap aku dalam tu tulis Sivik masa f1 bulan 7.. sains masa f2... ada dlm file.. file kat sekolah...

dan result PP akan digabung dengan result PS oleh lembaga peperiksaan...

3) Setiap pelajar wajib mempunyai fail peribadi yang dikenali sebagai Fail Perkembangan Murid... didalam fail ini perli disimpan evidens pelajar... dala fail tu ada separator mengikut subjej.. evidens tu soalan2 yang diuji tadi tula... cuba tengok berapa banyak evidens yang ada bagi setiap pelajar.. itu baru subjek sains... tak kira lagi subjek lain... untuk makluman semua.. semua subjek perlu melaksanakan PBS ; BM, BI, SAINS, MATH, SEJ, GEO, PAI, PM, KH, PJK, SIVIK, PSV, elektif : bahasa seperti B.ARAB, B.CINA & B. TAMIL dan MUZIK..

*2012 = guru diberitahu bahawa semua kena ada evidens untuk disimpan di dalam fail perkembangan murid...sebagai bukti pelajar tersebut telah mencapai evidens tersebut. kalau soalan jenis oral... soalan tu kne simpan sebagai evidens pelajar... bermaksud masih perlukan kertas.

boleh korang bayangkan tak berapa banyak kertas yang perlu digunakan untuk pelaksanaan PBS pada tahun tersebut????? Kementerian tak bekalkan kertas pada sekolah..maka pandai2lah sekolah cari dana untuk tampung kos pelaksanaan PBS (fail perkembangan individu & kertas untuk cetak soalan)

Maka adalah sesetengah sekolah terpaksa mengeluarkan surat kepada ibu bapa memohon untuk mebayar bayaran tambahan PBS dalam RM10-RM20... Maka ibu bapa pun ramailah yang merungut... sekolah ni tak habis-habis nak mintak duit... tengok,.... cikgu jugak yang salah... T____T dah la dipersalahkan oleh pihak ibu bapa... yang tak bayar tu ramai jugak.... yang jadi mangsa guru kelas pelajar Tingkatan 1 la masa tu... bertambah satu lagi beban... dah la nak mintak yuran PIBG tu satu hal..tambah pulak dengan satu bayaran lagi... T___T aku merasainya sebab aku juga merangkap guru kelas tingkatan 1 pada tahun 2012 tu...
4) setiap kelas WAJIB mempunyai satu fail showcase... dalam faile showcase tu ada separator untuk setiap subjek.. fungsi fail ini ialah untuk simpans evidens terbaik pelajar di dalam kelas itu bagi setiap subjek bagi setiap evidens...

contoh..
B1D1E1 = Rahman terbaik
B1D1E2 = Fatimah terbaik
seterusnya sampaila semua evidens tu...

terbaik dinilai oleh guru.. kalau katakanlah satu kelas tu jawab semua betul.. maka penilaian diambil kira mengikut kekemasan atau ketelitian pulak.. ha.. mcm tu la kekdahnya...

persoalannya...
kita tunggu cerita aku yang dibawah... bercerita mengikut sekuel... barulah lebih pemahaman..

5) bila ditanya tentang f2 dan f3.. katanya..tunggu cikgu... cerita form 2 kita tunggu tahun depan.. yang tahun ni buat yang form 1.... hurm..sedikit musykil... kalau aku kan..kita dah betul2 pprepare.. tanya la benda yang 4,5 tahun akan datang.. kita boleh jawab kan... sebab kita dah well prepared.. klu tak boleh jawab ni..nampak sangat xde perancangan... xgitu persepsi kita?


ok.. berbalik kepada cerita tahun 2012... bulan 4 guru2 tingkatan 1 disetiap dapat taklimat... maka berkelam kelibutlah semua.. tergagap-gagap bertatih-tatih nak melaksanakan PBS ni... kesimpulannya bulan 5 baru start... masa tu bulan 5 kita dah masuk bab 4 atau 5 dah kan.. tapi sebab PBS baru dijelaskan.... cikgu2 terpaksa ulang semula dari bab 1 semata-mata untuk buat PBS... jadi boleh bayang tak macam mana kekelamkabutan kami pada tahun 2012 tu nak terkejar-kejar laksanakan PBS.. dan syllabus ulang semula bab 1 pada bulan 5... boleh bayang tak macam mana cikgu-cikgu terpaka bertungkus lumus untuk habiskan syllabus?? semuanya kerana pengenalan PBS yang agak tidak sistematik di situ...

bayangkan aku S/U PBS... bulan 5 nak kena uruskan fail pelajar tingkatan 1.. masa tu dalam 120 orang... orang seronok cakap cikgu cuti banyak.. aku masa cuti sekolah bulan 5 tu... seminggu aku berkampung duk uruskan fail PBS pelajar2 tingkatan 1... nikmat kan jadi cikgu.. cuti banyak? tu fail budak.. xkira lagi dengan aku nak uruskan aku punya evidens yang mengajar ni... dah la masa tu mengandung 1st trimester... nasib baik jenis xde alahan... takpe..demi tugas dan arahan yang dikeluarkan jabatan.. semua cikgu bertungkus lumus siapkan tugasan yang diamanahkan.... dan cuba sehabis daya untuk memastikan pelajar mendapat band yang terbaik.. takut merosakkan masa depan pelajar... iyelah... KAMI DIBERITAHU BAHAWA BAND DARI TINGKATAN 1 AKAN DICAMPUR DENGAN BAND SEMASA TINGKATAN 2, DAN 3.. DAN LEMBAGA PEPERIKSAAN AKAN GABUNGKAN DAN KUARKAN KEPUTUSAN AKHIR MENGIKUT RUMUS MEREKA... sebab itu setiap pencapaian pelajar harus disimpan dilaman web SPPBs, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaakan Sekolah.... secara ONLINE..
bala besar bagi setiap guru yang melaksanakan PBS.... huhuhuhu~~

tapi sebelum aku bercerita tentang SPPBS....
Aku nak bercerita dulu tentang cara merekod maklumat pentaksiran...

ada 2 borang...
1. Borang Transit
2. Borang Perkembangan Individu
Borang Transit

ini softcopy rekod transit... untuk 1 kelas.... (aku blackan nama pelajar aku atas akta kerahsiaan... hehehehe) borang mesti dalam bentuk hardcopy.. sebab dalam setiap kotak evidens tu perlu dicatat tarikh bila pelajar tersebut mencapai atau menguasai evidens tersebut.... aku ulangi..catat tarikh... bagi setiap pelajar.... cuba kira berapa orang dalam 1 kelas tu... cikgu tak mengajar 1 kelas... macam aku.. hah.. 5 kelas... boleh imagine tak..
bila nak tanda evidens?
bila nak tulis tarikh dalam rekod transit?
harus diingat... pelajar WAJIB diberi peluang untuk menjawab ualngan 2 atau 3 kali untuk memberi peluang dia menguasai evidens itu...
BILA PULAK NAK BAGI BUDAK JAWAB SEMULA?? BILA NAK MENGAJAR????
iye,, secara teori sangat simple.. perfect... bagus yang amat...
tapi cuba jadi pihak pelaksana macam cikgu...
baru korang tau senak dan berpinar butir mata..
stressed...
cuba kira...
1 kelas katakanlah 25 orang (susah nak jumpa budak sesedikit ini dalam kelas..banyak yang 30 ke atas... )

mengajar 4 kelas...

25 x 4 = 100 orang pelajar
1 pelajar ada 60 evidens untuk dilaksanakan...

cucba kira berapa banyak evidens yang seorang cikgu kena tanda..

100 x 60 = 6000....

aku ulangi...

6000...!!!!!

Itu kalau budak 25 orang sekelas la... kalau 38 orang sekelas mcm mna? tu Sains Tingkatan 1 tu yang 60 evidens.... cuba kira yang Sains Tingkatan 3 dalam gambar yang awal2 tu ada berapa evidens... 122 evidens!!!


adakah bila mengajar kelas PBS ni cikgu2 jadual waktunya hanya 10 waktu seminggu...?? tidak.. sama jugak.. 22-28 waktu seminggu... tidak memegang sebarang jawatan si sekolah? xjadi guru tingkatan? tak jadi ketua panitia? tak terlibat dengan kegiatan ko kurikulum? tak terlibat dengan 1M1S? jawapannya...tidak sama sekali.. jadi guru pentaksir PBS tidak dikecualikan dari sebarang jawatan dan aktiviti... dan kadang2 tu siap kena pi kursus 2,3 ,4 hari... 4 minggu pun pernah... jadi bila nak buat semua-semua ni? masa kita sama je... 24 jam.. xlebih tak kurang... banyak tau kerja cikgu kat sekolah selain mengajar... tambah dengan PBS ni pulak... memang tercungap-cungap...


itu baru cerita rekod transit...

tak cerita lagi Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase...

kalau mengikut yang termaktud di dalam dasar pelaksanaan PBS...
setiap evidens pelajar harus dimasukkan di dalam Fail Perkembangan Pelajar....
buat satu masuk satu....
buat yang baru... masuk yang baru.. yang lama kuarkan...
aku ada 6000 evidens?? agak2 ada masa ke aku nak gi kuar masuk evidens dalam fail tu? kalau ada masa nak kencing makan sembahyang main dengan anak tu pun rasa patut buat sujud syukur banyak2 dah tau...

tak kira lagi pulak dari setiap evidens tu... dalam 25 kena pilih yang terbaik...
bila nak pilih2 tu? ada 3,4 or 10 evidens aku mampu kot nak pilih2 the best among 25... tapi kalau 60 evidens kalu?? mampu???
secara teori yang dibentangkan dalam dasar PBS memang aku akui... sangat bagus... memang menyeluruh... kalau boleh aku siap nak cadangkan lagi... kalau boleh kita bagi peluang kat pelajar tu biarlah jawab sampai beratus juta kali pun..asalakan sampai dia mampu lepas... pastu kalau boleh.. setiap eviden tu biar pelajar jawab 3 kali.. baru menunjukkan pelajar itu benar-benar menguasai... ha.. aku dah cakap kan.,. takat teori.. bentang dengan air liur..aku pun boleh bagi cadangan berapi.. tak payah ada phd bagai pun... tapi bila masuk bahagian pelaksanaan.. korang rasa praktikal ke?

kalau sistem yang macam ni.. dengan perekodan macam ni.. aku rasa kalau applied kat universiti.. yang pangkat Professor pun tak tentu lagi mampu buat sendiri... ada tutor and RA ramai maybe boleh dilaksana.. tapi kat sekolah? mati terjelir cikgu sorang-sorang... . tapi yang terjelir smpai stressed smpai tak tidur malam...duk cuba buat selagi termampu..ada pernah orang hargai? ada pernah orang nak ucap terima kasih?? takdenya.... siap cakap salah cikgu,... cikgu tak buat kerja.. sebab tu PBS tidak berjalan sempurna... .T____T

itu baru cerita perlaksaan dan merekod...

xmasuk part yang paling hangat... SPPBS... yang aku dah sebut kat atas tadi.. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah...

semua pencapaian pelajar WAJIB dikeyin dalam website SPPBS secara online... sebab..... diakhir nanti.. lembaga ada rumus sendiri untuk mengularkan band pencapaian pelajar berdasarkan pencapaian pelajar yang dibuat oleh cikgu tadi.... dan bala pun bermula.......

sistemnya yang sangat teruk.. yang sungguh meminta dimaki sumpah oleh semua pengguna...
jammed.. xboleh bukak... teruk sangat lah.. nak cerita pun tak retilah... tapi aku boleh bagi analogi...

apa perasaan korang kalau nak bukak Facebook...
masukkan ID... masukkan password...
pastu dia duk loadingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg gggggggggggggggggggggggggggggggggggggg dalam 15 minit... pastu kuar semula suruh isi semula ID dan password....
tiada apa-apa perasaan kan?
cuba bayangkan lagi... 10 kali korang cuba..tapi hasil duk macam tu je...masih xdapat log in...
apa perasaan korang masa tu?
boleh bayang tak kalau korang cuba dari pukul 8.00 malam sampai 10 malam... masih xdapat lagi log in...
ada tak rasa unsur2 nak marah dan menyumpah??

ok..situasi kedua...
korang nak log in Facebook...
masukkan ID dan pasword...
tungguuuuuuuuuuuuuu dia loadingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg ggggggggggggggggg........ dapat masuk... yeay..!!! happy.... pastu laju2 taip comment kat wall kawan.... tengah duk taip..skali dia otomatik log out.... dan korang kena log in semula.. tunggu loadingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg ggggggggggggggggggggggg pastu kne tulis semula comments yang korang dah tulis tadi...
ada xperasaan enjoy di situ?
itu sekali... kalau 10 kali korang duk ulang taip comments sama tapi xberjaya send sbb terlogout...
seronokkah rasa hati? ada tak rasa nak menyumpah seranah?


ok....situasi ketiga...
korang log in....
masukkan ID dan password...
yeay..laju jek boleh sign in..
happy terloncat2 rasa jiwa..
cepat2 reply comments orang tu..orang ni..
post kat wall orang tu..post kat wall orang ni..
share video ceraha UAI and Ustaz Kazim..
happy...
tapi xtau kat mana silapnya...
bila check...satu pun xde sebenarnya..
segala comments yang ko tulis xde..xkuar..xsave ke ape ko pun xtau..
segala video yang ko share tadi xde pun..
apa perasaan? rasa sia-sia tak?
rasa hairan x dengan server Facebook??

ok.. dari pukul 8.00mlm - 10.00 malam korang duk menghadapi Facebook dengan masalah-masalahnya itu tadi...
sekali ternampak kat Groupon... ada sale... kasut Nike dari harga RM415 jadi RM89... masa tinggal 6 jam...
try beli online... skali e-banking xleh connect... duk loading situ la.. xleh nak wat payment... padahal masa dah xlama dah untuk sale habis....
apa perasaan? happy? ceria? atau menggelabah, cuak dan rasa nak maki orang? maki sistem bank la loqlaq.... betui x?

maka korang pun tutup la laptop.. pasrah nak tido... tapi mata xleh tidur ni..duk nampak kasut Nike tinggal beberapa jam lagi sebelum habis promosi nih.... xleh tdo yang amat.. whatsaap kawan habaq xlena tdo bank punya sistem gelong... member pun cakap..ha..dia dah berjaya beli kasut tu semalam.. dia kata dia bangun pukul 4 pagi.. elok jek sistem e-banking tu.... korang pun apa lagi kan.. mestilah berkobar-kobar kan..tambah2 kawan dah berjaya beli... set jam.. pukul 4 pagi... bangun untuk beli kasut kat Gruopon...

ok.. korang nak cerita happy or cerita sedih?

kalau cerita happy... baca no 1... kalau nak cerita sedih.. baca no 2 dan no 3...

1. bangun pukul 4 pagi... boleh log in Groupon... boleh buat payment... dapat la kasut Nike tu..
2. bangun pukul 4 pagi... e-banking tu masih lagi membuat onar... maka melepaslah kasut Nike tu... tahan pendam rasa je la dengar cerita kawan2 yang sempat beli...
3. tak terjaga... so tak tau la klu bangun jadi orang yang berjaya beli ataupun x...
ok.. itu analogi aku.. kesemua analogi tu menggambarkan situasi para guru untuk memasukkan prestasi pelajar ke dalam SPPBS...
Facebook benda lagha...jadi bila terjadi untuk hal kerja... tension dan stressed dia berganda2 tau ..
Gruopon tu na maksudkan guru2 ada dateline..tapi sistem gelong... susah hati ooo... memang xblh tdo lena...otak senak dan selirat...
aku harap korang faham la maksud yang aku cuba sampaikan...
bukan sehari je tau menghadapi masalah untuk log in SPPBS... tapi boleh dikatakan sepanjang tahun...
jarang sangat la time dia ok untuk key i

waktu siang tu memang agak mustahil la kan.. sebab kita nak tanda evidens lagi..nak rekodkan lagi..nak kuar masuk evidens dalam fail lagi... tinggal waktu malam je la.... tapi tu la.. waktu "prime-time" memang susah nak dapat peluang boleh key in.. selalunya pukul 3,4 pagi.... sebab xramai pengguna online..tu yang server xgelong.... tapi aku nak tanya.. masa kerja cikgu2 ke pukul 2,3,4 pagi ni? ada kerja shift ek???? kalau kerja shift.. pagi esok tak payah pi sekolah dah...masuk malam esok pulak la kan patutnya..tapi tak kan..? pagi esok2 awal2 lagi dah kena pi sekolah macam biasa.. dah tu.. bila masa rehat? ada 6000 evidens ni nak kne tick dekat SPPBS tu... satgi tak buat kan masa depan pelajar dipertaruhkan... tu yang pulun stay up semua cikgu... anak kemana,..laki kemana...
kalau takat satu malam je sistem gelong..xdenya orang bising...
kalau takat satu malam je kena stay up 3,4 pagi..xdenya orang bising...
ni sepanjang tahun...
dah r kalau bangun tu betul boleh key in xpe..
ni sistem still xleh key in..
kalau boleh key in pun..
sejam tu hanya utk key in 2,3 orang budak...
apa perasaan korang kalau bukan Facebook dua jam..
hanya boleh view 2 kawan jek..
yang lain masa dihabiskan untuk loading..
rasa happy? bangun pukul 4,5 pagi nih...

macam aku cerita... itu tahun 2012...
PBS start bulan 5...
kuar kat web SPPBS... tarikh akhir key in sebelum 31 November...
senangkan kuar arahan..
yang cikgu2 ni macam orang gila dah..
ye.. awal November lagi dah cuti sekolah..
korang ingat cikgu cuti tu maksudnya cuti la..
aku kena jaga STPM....
sesak jiwa raga...
sebab siang mna nak boleh key in..jaga exam..
kena tunggu malam la..
kalau malam xleh?
rasa setiap saat tu nak duk ngadap laptop... nak key in..
al maklumla aku guru kelas Tingkatan 1..
guru kelas lagi banyak nak kena key in..
aku yang pencapaian pelajar akademik dah...
mai tang yang PAJSK... kena key in maklumat Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Unit Beruniform bagi sretiap pelajar kelas aku jaga... macam aku cakap la... budak 35 orang... kalau sistem laju macam Facebook takpe.. tapi ssitem siput sedut... loading manjang... tekanan perasaan sangat.. sebab kerja kita patutu selesai dalam masa sejam dua jek.. tapi sebab sistem yang sangat tidak efisien... berminggu-minggu tak boleh nak siapkan... pastu macam Unit Beruniform... dia punya sistem untuk key in xbetul.. petak nak tick tak kuar......dan naik nama cikgu yang tak buat kerja... wajarkah???

masa tu aku jadi S/U..... korang tak tau luluh jiwa bila pukul 7 pagi,..sorang cikgu veteran call aku... umur dia dalam 53 macam tu... baya2 mak kita... tak pun mak cik-mak cik kita... pukul 7 pagi.. di hari sabtu...
cikgu X : nieza.. maaflah call pagi-pagi ni...
aku : eh..xpelah..dah bangun dah..
cikgu X : ni..akak nak tanya.. SPPBS tu nieza boleh bukak x? akak try bukak tadi..dari pukul 4 pagi akak try... tapi xboleh... ke komputer akak yang rosak?
aku : eh..bukan.. memang SPPBS gelong... saya pun try xboleh nak log in...
pilu rasa hati... ortang baya mak-mak kita.. yang tak berapa mahir komputer..tapi mencuba sepenuh usaha untuk merealisasikan PBS sampai berjaga malam... padahal yang xbetul adalah sistem.. bukan komputer dia... xjadi kat mak korang korang tak rasa.... dah la ada penyakit darah tinggi bagai...
xmasuk lagi kes cikgu yang ada kanser buat chemotheraphy semua...
salah cikgu?

satu lagi...
dah la server out...
interface pun out...
xmesra pengguna..
suka nak buat page..
nama pelajar jadi 2 page...
pastu nak klik next page tu loading mcm biasalah.. klu gi sidai kain sebaldi.. masuk semula xtentu dah siap loading....
pastu dah isi untuk nama budak tu...
bila back..dia pi page 1 semula..
klik next page loading lagi...
tension tau.. membazir masa...!!!!
tu xkira lak evidens kena masuk ikut bulan..dah la sistem slow macam siput terencat..
nak loading page bila tukar bulan tu pun satu hal..
pendek kata...
interface tak mesra pengguna langsung...
membazir masa!!!! sedangkan banyak lagi kerja lain nak buat... nak tanda evidens tu pun tercungap.. kerja2 rumah lagi... bila time online... sistem nazak...

aku nak print screen kat sini pun xde... nak bkak sekarang SPPBS dah arwah... kenapa? tunggu aku cerita...


jadi untuk 2012... mula2 kata 30 November... pastu dilanjutkan sampai Januari...

dan alhamdulillah... semua settle..result pelajar daat dikeluarkan... dan sungguh mengecewakan...

membuktikan bahawa PBS bermaksud Pandai ***** Sama

1) cikgu-cikgu sememangnya kurang yakin dengan PBS sebab tiada standardized dan validity tu kurang.... sebab 100% soalan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing.. korang rasa band 5 sekolah harian pencapaian rendah ni sama ke dengan band 5 untuk pelajar SBP? adil x? kalau dibuatnya cikgu SBP strict... cikgu sekolah biasa xstrict untuk pemberiaan pentaksiran.. adil x? usah kata compare dengan SBP... dengan sekolah sebelah pun dah banyak perbezaan... dengan kelas sebelah pun dah banyak perbezaan... betul x?

masa taklimat macam canggih katanya "SISTEM AKAN MERUMUSKAN BAND PELAJAR" ..

tau x rumusan dia macam mana?
cuba tengok pelajar 1...
dia menguasai semua evidens band 3 dan beberapa band 4...
keputusannya : band 3

pelajar 2 ..
dia menguasai semua evidens band 3, kebanyakan bank 4 (2 evidens xmenguasai) dan beberapa evidens band 5...
keputusannya : band 3

nampak x?
takat nak buat kesimpulan macam tu..
xpayah suruh sistem rumus..
aku pun boleh rumus...
sedih tau... rasa ditipu hidup2,,
rasa kesian pada pelajar...
betul x aku cakap.. Pandai ***** Sama...
evidens2 yang band 4 dan band 5 yang dia buat macam xmemberi makna...
usaha yang sia2...


patutnya hardcopy.. ni soft copy sebagai contoh.. untuk beri penjelasan... aku sanggup bersusah payah print screen... tu bukan result sebenar.. tu yg aku nak tunjuk "RUMUSAN" yang kononnya canggih sangat...


dan sebagai cikgu...
aku pun xfaham dengan prestasi pelajar aku...
kalau korang ada anak yang generasi PBS ni korang tau tak pencapaian anak kotrang macam mana?
tersaut dek akal x?


Pentaksiran Pusat ? xde bayang.. melangut je la cikgu kena bohong.. bukan takat cikgu..budak2 f1 pun turut sama tertipu la jadinya...

Komen pelajar pada tahun 2012...
1) xseronok belajar.... semua subjek hari2 ada soalan.. stressed....xfun langsung... nak buat mcm mna...cikgu kne pastikan yang back dated tu semua dapat dicover... huhuhu...

2) cikgu2 jadi garang... mna xgarang...stressed ookk... bebanan kerja melampau2....

2013
tahun ini... pelajar tingkatan 1 2012 naik tingkatan 2... pelajar tingkatan 1 2013 masuk sesi... alhamdulillah..cikgu2 kurang kekelamkabutan sebab boleh bermula seawal bulan Januari... tiada sebarang back dated... maka tidak terkejar-kejar2 mengejar syllabus... cikgu Form 2 masih teragak2 sebab tak biasa lagi.. cikgu Form 1 macam aku dah jadi pro...
prp xpro... sakit kepala otak oooo nak mengadap evidens beribu2.... even xbertulis..tapi nak rekod... bukan senang seperti yang diucapkan..
cuma...
SPPBS masih menjadi masalah utama...
xleh nak key in...

Menjadikan cikgu2 makin hangin...
Kalau tahun lepas dah hang nak masukkan data PBS tingkatan 1 sahaja...
Maka buatlah persiapan cukup2 untuk menerima data2 PBS Tingkatan 1 dan 2 2013... ni x..lagi teruk dari 2012...
Macam xlogik langsung...
Main cadang je ke nak buat PBS ni? Xpernah kaji berapa ribu orang akak masuk server? Xpernah kaji berapa ribu data akan disimpan dalam server? Ini kah lambang sistem yang akan membawa perubahan besar kearah pembangunan negara yang berdaya saing?

Siap error ape benda ntah...null data... aku tnya abg ipar aku yang kerja IT apa masud error tu... katanya itu data overload...
Menyirap rasa darah... buat kerja xde perancangan...mcm tu la...pastu susahkan semua orang...pastu canang cikgu laksanakam PBS betul2... cikgu key in lambat sebab tu server jammed... childish!!! Just know how to blame others...never look upon yourselves...shame on you...

Tutup terus dari hari tu smpai skrg.... cikgu2 terbeban dengan tugas tahun lepas yang xselesai dan tahun ini yang tak dapat dimulakan....
Sebab April baru sistem dibuka untuk key in yang tahun lepas (in case xsempat hari tu.. aku dah settle...tinggal Unif Beruniform yang gelong tu...) tapi yang tahun ni xleh nak key in lagi... katanya lepas ni utk key in PBS bukan lagi di SPPBS tapi di SPS... Sistem Pengurusan Sekolah.. pasni aku cerita...

Pentaksiran Pusat masih tiada bunyi,.... maka kita buat anggapan sendiri... masa form 3 la tu Penilaian Pusat akan dilaksanakan..

2014

cikgu2 menjalankan PBS seperti yang diarahkan.... Sistem untuk key in pencapaian pelajar masih tidak dibuka..tunggu sehingga April.. maka marilah kita mengumpul beban.... xpe.. nasiblah jadi cikgu..

Pertengahan Januari... aku diarahkan menjadi wakil Sains Matematik Tingkatan 3 untuk mendengar Taklimat Pelaksanaan PPMR.... ha... apekebenda PPMR ni... nilah yang exam ganti PMR... Uiksss... ada exam pulak???? hari tu kata takde.... hahahaha.. kejutan dimana-mana...
hadir ke taklimat ini betul2 menghancur luluhkan hati,.... sumpah.. hati retak berkecai seribu..rasa tertipu..rasa sedih..rasa marah..rasa geram..semua rasa bercampur baur... apabila... pemberi taklimat memberitahu

" Keputusan PBS Tingkatan 1 akan diprint semasa tingkatan 1, PBS Tingkatan 2 untuk tingkatan 2... PBS Tingkatan 3 untuk Tingkatan 3... tidak akan digabungkan... Lembaga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PBS akan digabung... "
kalau dapat dengar hati aku pecah.... memang bergegar dewan tu...
rasa usaha selama ini sia2 ..
ditipu oleh suatu sistem yang tidak dirancang sebetul-betulnya...

yang jadi sekarang..
pusing-pusing...
tengok result PPMR tu jugak...

yang ada exam ( 1 PAPER/ 2 JAM)
B. Melayu
B. Inggeris
Sains
Matematik
B. Arab/B.Cina/B.Tamil

yang ada oral
B. Melayu
B. Inggeris

Pelbagai Item (ala-ala kerja kursus)
Sejarah
Geografi
P.Agama Islam
Pend. Moral
K. Hidup
PSV
PJK
Sivik
Muzik

Keputusan dalam bentuk A,B,C...
dah tu apa beza dengan PMR? Mana ciri PBSnya? kenapa tak guna band??

apa gunanya PBS yang sedia ada??????????

Bila ditanya macam mana bentuk soalan....
Jawapannya... masih dalam perbincangan....
Bulan 10 nak laksana... tp ape pun xdecide lagi....
Cemerlang kan sistem baru ni....

Tapi... kalau BM & BI paper 2 jam... nak uji ape? Kalau nak suruh tulis satu karangan 200 perkataan pun mau ambik masa sejam setengah kot...
Jadi pendapat kalian...
Penilaian mana yang lebih berkesan..
PMR yang soalannya lebih menyeluruh..???
Atau PPMR yang skop sangat kecil...?

agak2 kalau nak masuk SBP or MRSM diorg utamakan result PPMR atau PBS setiap tahun? ya..aku tau SBP and MRSM akan guna exam diorg sendiri... itu utk kelayakan.. maksud aku utk tawaran..diorg akan refer result mana??????? aku xdelah ***** sangat untuk diper*****kan sebegitu rupa...
agak-agak kalau nak streaming aliran masa tingkatan 4 nnt kita akan refer result mana?
jadi apa guna PBS?? saja suka2 bagi cikgu buat kerja lebih...????

bila tanya kenapa tak gabung yang PBS..
JAWAPANNYA : kita tau PBS ni dijalankan oleh cikgu2.. maka kebolehpercayaannya adalah rendah (lebih kurang macam ni la maksud ayat dia..ayat betul aku lupa... sebab hati remuk..hampir mengalir air mata... sebab AKU YANG MELAKSANKANNYA..AKU YANG TAU SUSAH PEDIH JERIH.... tukang cakap tau ape... hanya tau keluarkan surat nak datang pantau..nak datang pantau... datang pantau xmembantu langsung tau tak... hanya menambah beban yang telah sedia terbeban.. kalau nak membantu... meh.. mai sekolah..duduk sekolah 3 bulan... ambik jadual waktu sama macam cikgu.. masuk kelas mengajar dan laksankakan PBS serentak.. cuba tunjukkan kami contoh yang sebetul-betulnya untuk menjalankan PBS ni.. kan duk heboh kat orang cikgu tak pandai buat.. ha.. sila beri tunjuk ajar...
kenapa ajar sains kena banyak buat eksperimen...?
nak bagi pelajar mempunyai pembelajaran bermakna...
maka..
mari tolong buat amali PBS ..
supaya kami cemerlang terbilang tip top...
jadi ajari lah kami
kerana kami sanggup belajar demi memartabatkan pelajar kami..
aset kami pelajar kami..
kami mahu yang terbaik untuk pelajar kami..

Dan kalau dalam erti kata mahu yang terbaik untuk pelajar kami..
kami rasa PBS bukan yang terbaik...

dan minggu lepas ada taklimat Pentaksiran Pusat...
lain dah jadinya...
GEOGRAFI, PJK, PSV, KH, SIVIK... tiada pentaksiran pusat.. hanya Pentaksiran Sekolah semata-mata...
lalang... kejap macam tu.. kejap macam ni..
tapi masih tidak mahu mengakui kelemahan sendiri...


dan kami cikgu ada hati dan perasaan..
jangan cuba menutup kesalahan sendiri dengan mengeluarkan fakta2 yang mengguriskan hati kami...

1) PBS dilaksanakan sebab nak memastikan cikgu2 ajar apa yang sepatutnya diajar kepada pelajar,, sebab tu cikgu kena rekod setiap evidens... apa? sebelum PBS ni cikgu2 xmengajar ke? budak dapat result cemerlang tu hasil cikgu masuk baca paper dalam kelas? hasil cikgu balik pukul 2.00 petang pastu tidur?

2) PBS diperkenalkan sebab sistem pendidikan kita terlampau exam oriented... ye..menuding jari memang senang.. tapi pernah terfikir tak kenapa dengan begitu drastik bertukar menjadi exam oriented berbanding pengajaran berkesan... sebab...
tiap2 kali exam..
kena htr result ke PPD.. ke JPN..
kalau result terus.. cikgu yang kena..
kalau tahun ni peratus meningkat...tahun depan kena pastikan meningkat lagi... target kena tinggi..
sampai budak yang xleh membaca pun kne target C... LOGIK? angkara siapa yang sistem pendidikan kita menjadi exam oriented???
tak cukup dengan tu.. buat pulak insentif... bai'ah tak bai'ah... klu result bagus.... sekolah dapat ganjaran.. pengetua arah buat program.. yang terthantuk tergadah cikgu2... tak ke menjadi exam oriented tu sebab nak tingkatkan prestasi..salah siapa??

saya suka PBS... sebab cikgu2 xterbeban yang benda2 exam oriented tu la.. xde kena buat head count.. galus halus... xde nak kena report berapa orang cemerlang berapa orang lemah... masuk kelas mengajar.... habiskan syllabus.. benda2 yang menjadikan sistem pendididkan kita exam oriented tu xde...
tapi kenapa kalau ada PMR dan SPM jek mesti nak kena buat semua-semua2 tu? itulah yang menjuruskan kepada exam oriented... xkan benda simple macam tu xde orang perasan??

PBS ni pun xde lagi la sebab xstart lagi PPMR...
tunggu tengok tahun depan..
mesti dah ada la tu target la..headcount la.. untuk PPMR...
SO.. mana yang xnak exam oriented tu???


dan saya xsetuju PBS
sebab kalau hari ni budak tu boleh jawab.. maka dia dah menguasai..
kalau esok kita tanya and dia xtau.. kita xde hak nak tarik semula..
dia dah menguasai..
sebab tu budak generasi PBS ni malas study...xde makna katanya...
dah habis jwb PBS... lompat2...
bila tahun ni baru tau nak ada exam..
cikgu yang risau...
boleh ke diorg cover yang f1 dan f3...
sedangkan masa diorang f1 2012 hari tu..
kita cakap
"KAMU TIADA EXAM..100% PBS"


waaaaahhh...xsangka panjang berjela-jela aku tulis...
asalnya nak key in maklumat pelajar di SPS..
Sistem dah gelong..
xtau la pasni kalau nak key in PBS kat server SPS...
bala apa pulak nak jadi aku tak tau la...


p/s: sangat berharap agar suatu sistem yang benar2 bukan exam oriented dan tidak terlampau membebankan guru dan sistem yang senang diakses dapat diperkenalkan.... saya sayang setiap pelajar saya... saya sedih sekiranya masa depan mereka dipertaruhkan demi satu eksperimen yang tiada persediaan... kesian mereka... dari darjah 1-darjah 6 belajar dalam english {PPSMI**.. Elok naik form 1 semua tukar dalam BM pastu jadi bahan eksperimen PBS...
KPM tidak belajarkah kesilapan "gopoh" PPSMI dahulu dan ulanginya sekali lagi dengan PBS... Yup..!!! GOPOH adalah perkataan yang sesuai.... sepatutnya tunggu generasi PBS dari sekolah rendah naik ke sekolah menengah barulah dilaksanakan di sekolah menengah... ini semua mau cepat... GOPOH... sebab tu tiada perancangan dan sentiasa berubah-ubah dasarnya...

maaf andai tulisan ini membuatkan sesetengah individu berasa tidak selesa..tapi izinkan saya untuk meluahkan apa yang majoriti kami rasakan...
mungkin ada banyak fakta yang saya tertinggal..tapi ini cerita serba ringkas apa yang saya lalui...
dan rakan-rakan saya lalui..

Bagi aku.. PBS bukan isu politik... sebab tu aku kekadang rsa hangin jugak bila isu ini cuba dipolitikkan oleh pembangkang... nak berdemo berarak ala2 bersih.. merapu!!! Lagi banyak masalah timbul adalah.. dan aku jugak hangin dengan kerajaan yang ego xmo mengaku gopoh dalam melaksanakan PBS... nak tarik balik takut dikatakan tunduk pada pembangkang... padahal ini bukan politik la... pi mansuh ISA xpe pulak.. yang tu lagi bahaya dan banyak kesan buruk tau berbanding mansuh PBS... kekadang menyampah tau hidup kat Malaysia ni...segala benda nak dipolitikkan...

Isu sebenar adalah melibatkan Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan... demi masa depan generasi akan datang... tolong mansuhkan PBS... xde orang nak caci maki... orang berterima kasih adalah...

Cukuplah membazir masa, dan tenaga para guru dan wang kerajaan...
Hayatilah gambar ini... xsemua tu.. sebab ada lagi dasar2 baru... tapi kesimpulan... setiap jabatan kemukakan idea utk KPI masing2.... yang tanggung...CIKGU... T____T