|
CARA-CARA YANG BETUL MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG PENIPUAN ATAS TALIAN | Setiap hari ramai yang tertipu di dalam maya samada mereka melakukan pembelian barangan mahupun menggunakan perkhidmatan melalui atas talian.
Rata-rata kes penipuan ini, menggunakan modus operandi yang hampir kurang sama dan banyak helahnya.
Timbul persoalan daripada pengguna apabila mereka menjadi mangsa penipuan, adakah aduan mereka kepada pihak berkuasa akan dilayan atau laporan cukup sekadar laporan sahaja tetapi tidak ada sebarang tindakan di ambil? Ada juga yang ambil sikap acuh tak acuh bila terasa diri tertipu mungkin kerana kos yang dikeluarkan tidaklah besar tetapi dia luar, jika tertipu RM10 sekalipum itu baru seorang. Bayangkan nasib 1 juta pengguna lain yang turut ditipu RM10, hidup mewah si penipu sampai ke tua.
Berikut dikongsikan cara-cara membuat laporan Polis berkenaan penipuan online. Ianya boleh dijadikan panduan anda bila berdepan dengan situasi penipuan di internet. Biarpun anda seorang pembeli yang bijak, anda tidak pernah terlepas dari risiko tertipu pada bila-bila masa sahaja di luar kawalan anda.
Memandangkan timbul pelbagai persoalan didalam kes-kes penipuan online yang mana kita merasakan yang tiada tindakkan diambil oleh pihak Polis walaupun kita telah membuat report diatas kejadian penipuan yang menimpa kita apabila berurus niaga jual beli gajet/barangan secara online, saya telah cuba mendapatkan pandangan Saudara Kamal Affandi Hisham yang merupakan Penganalisis Jenayah yang dikenali di Malaysia bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap apa yang sering dan sedang terjadi dikalangan pengguna yang menggunakan medium facebook/mudah/lelong untuk membeli atau menjual secara online
Setelah berbual dengan saudara Kamal Affandi Hashim, nampaknya ada perkara2 yang tidak kita ketahui dalam membuat polis report yang menyebabkan sesetengah report kita tidak dapat diambil tindakkan.
Dalam membuat report berkenaan “tertipu” dgn jual beli online, perkataan tipu tidak boleh digunakan kerana sebenarnya tiada elemen jenayah disitu. Mangsa tidak dipaksa, diugut atau diancam keselamatan untuk melakukan transaksi pembayaran kepada pemangsa. Ayat dalam report nak kena betul contohnya penggunaan perkataan “MEMPERDAYA” dan “MENDORONG”.
Contoh ayat: “saya tertarik dengan iklan penjualan blablabla dan seterusnya menghubungi si polan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan barangan yang dijualnya. Saya merasakan si polan telah memperdaya saya dan mendorong saya melakukan transaksi pembayaran sebanyak blablabla. Setelah saya membuat pembayaran tersebut melalui blablabla, si polan telah bertindak menyekat saya dari menghubunginya baik menerusi laman facebook dan panggilan/sms pun tidak dijawap, blablablabla”. Selepas ada 2 perkataan memperdaya dan mendorong, barulah boleh digunakan perkataan tipu, ditipu dan sebagainya.
Saya tanyakan juga pada beliau kenapa tak boleh mention ditipu je terus, katanya sebab itu adalah pertuduhan yang direct sedangkan tiada elemen-elemen jenayah yang berlaku dalam transaksi yang dibuat. Mangsa tidak diugut, tidak dipaksa, tidak diancam keselamatannya untuk membuat transaksi terbabit, jadi tidak boleh nak charge apa-apa kesalahan. Contoh la saya tulis saya kena tipu, saya masih boleh dipersoalkan sebab kaitannya dengan tiada paksaan tadi, namun jika perkataan memperdaya dan mendorong digunakan, itu memang ada clause undang2. Jadi kot mana-mana pun polis nak kena buat kerja/siasatan yang mana ianya akan dirujuk kepada Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
So yang paling penting sekarang adalah pengunaan ayat yang betul dalam membuat laporan Polis. Ingat keyword yang penting ya, “MEMPERDAYA” dan “MENDORONG”.
Dibawah ini saya sertakan penerangan ringkas tentang Seksyen 420 Kanun Keseksaan
PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:
Seksyen 415 iaitu:Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;
(a) Secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau
(b) Dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.
Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.
Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.
Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.
Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.
Beli perfumes melalui pihak yang dipercayai sahaja.
Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.
Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.
Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah. Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.
Saya mengharapkan kita sebagai pengguna mestilah senantiasa berhati-hati dalam menjalankan urus niaga secara online atau mungkin offline. Jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan. Selidiki terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara. Jangan rambang mata dan menyesal kemudiannya.
Diharap maklumat ini dapat membantu pengguna-pengguna yang telah tertipu untuk menuntut keadilan dengan sebaiknya.
Wallahu`alam bissawab
- Pemerhati Cyber
Nota Kaki:
Bagi yang pernah menjadi mangsa penipuan online dan pernah membuat lapuran polis, anda juga boleh salurkan maklumat penipuan tersebut ke page Senarai Penipu Online supaya maklumat si penipu itu dapat dikumpulkan dan seterusnya dimuatnaikkan ke carian Google melalui websitehttp://infoscammer.com/untuk rujukkan bakal-bakal pembeli. Harap maklum.
+ Terima kasih kepada saudara Azlan Shukri di atas perkongsian yang bermanfaat ini. |
|
No comments:
Post a Comment